Tahniah! Akhirnya Umno halalkan berpolitik di masjid

ALHAMDULILLAH, akhirnya United Malays National Organization, Umno yang selama ini membantah keras amalan yang disifatkan mereka sebagai mempolitikkan masjid sudah berubah.

Kini Umno sudah membenarkan masjid dijadikan tempat berpolitik. Maka selepas ini harap tiada lagi isu membantah aktiviti berpolitik di masjid.

Lihat bukti di bawah, Umno dipercayai menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik iaitu dengan cara memasang banner sebesar-besar tidak di pintu masuk sebuah masjid.

Tertulis di banner tersebut menyifatkan Parti Islam, PAS sebagai "Penyebar Ajaran Sesat".



Harap selepas ini tiada lagi penyokong Umno menyamar jadi orang kampung, atau penduduk taman perumahan membantah tazkirah Anwar Ibrahim di masjid, kononnya kerana tidak mahu masjid menjadi tempat berpolitik.

ReJaM© "Apa jadi pula dengan fatwa baru mengharamkan berpolitik di masjid? "
Sumber Gambar: [Batu vs Kayu]

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan