Zulkifli Nordin tuduh imam di Selangor rebut duit masjid



TAKTIK terbaru Zulkifli Nordin di dalam ceramah-ceramahnya di seluruh Selangor sebagai kempen untuk Umno kali ini ialah menanam prasangka buruk rakyat Selangor terhadap imam dan nazir di masjid-masjid.

Terbaru ucapan di dalam sebuah ceramahnya, beliau menuduh dengan membayangkan kononnya imam dan nazir masjid di Selangor merembat duit tabung masjid secara halus.

Dengan berbekalkan "air liur" Zulkifli Nordin membuat dakwaan ini untuk menanamkan prasangka buruk orang ramai terhadap penceramah-penceramah agama yang dijemput untuk memberikan kuliyah di masjid-masjid.

Zulkifli mendakwa kononnya imam-imam dan nazir-nazir masjid di Selangor menjembut kaum keluarga dan sanak saudara untuk memberikan kuliyah di masjid bagi merebut harta masjid yang banyak terkumpul.

Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat bagaimana gelagat Katak Pisang ini memburuk-burukkan imam dan nazir masjid di Selangor.



Video ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM yang mendakwa salah seorang sahabatnya sudah tidak mahu lagi mendengar kuliyah di masjid kerana tidak percaya dengan imam, nazir dan pihak pengurusan masjid kerana video ini.

Kawannya itu dikatakan menganggap pihak pengurusan masjid-masjid di Selangor hanya mahu membolot duit tabung hasil kutipan derma orang ramai yang terkumpul. Wahai Zulkifli kamu tanggunglah dosa menjauhkan orang dari mendengar kuliyah di masjid.

Sepatutnya orang yang memberi ceramah agama di masjid kita hormati, kita muliakan kerana menyampaikan ilmu agama, jika ada sebarang kesalahan si penceramah, biarlah menjadi urusannya dengan Allah.

Namun ada pula syaitan tukang hasut secara tak langsung menghalang orang ramai daripada pergi mendengar kuliyah agama di masjid kerana percaya tuduhan "air liur" si katak pisang ini.


ReJaM© "Katak pisang sudah berubah menjadi Syaitan... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan