Friday

Janji Ditepati bagaikan kerajaan yang nazak - Dr Asri


SUDAH beratus kali, malah beribu kali lagu dan lirik "Janji Ditepati" diejek dan dicemuh oleh rakyat Malaysia. Paparan lagu itu di YouTube juga mengundang lebih 50 ribu "dislike".

Jika anda seorang manusia yang waras, tentu sekali anda akan tergolong di dalam golongan orang-orang yang mengejek atau sekurang-kurangnya membenci Lagu "Janji Ditepati" di dalam hati.

Bekas Mufti Perlis semalam secara terbuka mengkritik lagu "Janji Ditepati" yang dijadikan lagu tema Kemerdekaan tahun ini di laman twitter beliau.



Dr Asri membayangkan betapa buruknya lagu dan lirik "Janji Ditepati" itu. Tidak cukup dengan itu, beliau menyebut Malaysia bagaikan sebuah kerajaan yang nazak dilihat kerana terdesak menggunakan hari kemerdekaan sebagai kempen politik.

Lihatlah, Janji Ditepati mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya lagu tema kemerdekaan yang mengundang kritikan terbuka daripada bekas mufti.

Namun kepada si pengampu kerajaan, inilah lagu paling lunak dan bermakna dalam hidup mereka kah kah kah...


ReJaM© "Kalau katak dengar Janji Ditepati katak pun akan mencemuhnya... "


EmoticonEmoticon