Pakatan Rakyat terus kempen turunkan harga kereta

KETIKA Barisan Nasional sibuk memainkan sentimen hudud, sentimen agama, bangsa dan raja untuk meraih sokongan rakyat yang mudah termakan propaganda, Pakatan Rakyat terus dengan kempen turunkan harga kereta.



Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengendahkan strategi 3R (Race, Royal and Religion) yang digunakan oleh Barisan Nasional sebaliknya mereka terus dengan kempen yang memberikan manfaat kepada rakyat.



Jika diperhatikan di tepi-tepi jalan sekitar Selangor, pimpinan Pakatan Rakyat terutama Rafizi Ramli sedang sibuk mengedarkan pelekat turunkan harga kereta.

Sementara di Twitter, kempen turunkan harga kereta diteruskan dengan hashtag #HargaKeretaTurunSaya untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang kempen ini.

Anda semua dijemput untuk menyemarakkan kempen ini agar mesej atau manifesto menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat ini berjaya sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.

ReJaM© "Apa sahaja yang baik untuk rakyat, gua sokong... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan