Rafizi Ramli didakwa laman web NFC digodam (hacked)

SUSULAN penangkapan dan pendakwaan Rafizi Ramli semalam di bawah akta BAFIA, kerana mendedahkan skandal National Feedlot Corpration, NFC, laman web syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil itu digodam.

Penggodam dipercayai melakukan serangan ke atas website NFC sebagai bantahan kepada penangkapan Rafizi Ramli semalam. Laman web rasmi NFC diletakkan dengan lambang NFC, BN dan UMNO dipijak oleh karikatur orang lidi.




Selain itu penggodam turut menggelarkan Rafizi Ramli sebagai wira rakyat, sambil menggesa NFC agar memulangkan semula wang RM250 juta yang diselewengkan untuk projek lembu dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Turut terpapar ialah gambar karikatur kartunis Zunar yang berkaitan dengan isu NFC. Penggodam turut meninggalkan jejak menggelarkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army.

Dari segi susunan bahasa, penggodam barangkali bukan berbangsa Melayu atau sengaja menggunakan taktik begitu agar kegiatannya tidak mudah dikesan.

Pelik tapi benar Rafizi Ramli mendedahkan skandal wang rakyat dilakukan oleh keluarga Shahrizat Jalil, namun beliau pula yang ditahan.



Nikmati hasil kerja "Hacker Halimunan" di link ini [nfc.com.my]

ReJaM© "Kalau berlaku kecurian jangan report nanti anda ditangkap Polis! "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan