Thursday

Abby Abadi secara rasmi sertai Jingga 13 di Penang


DALAM sebuah program berbuka puasa Abby Abadi bersama #TeamAbbyAbadi di Shah Alam, bulan Ramadhan lalu Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Jingga 13 [Twitter].



Akhirnya kelmarin, beliau secara rasmi menyertai Jingga 13 di majlis rumah terbuka Jingga 13 Penang, yang dianjurkan oleh koordinator Jingga 13 Penang saudara Amizuddin (Blogger Sharpshooter).

Penyerahan T Shirt rasmi Jingga 13 Penang oleh koordinator Jingga 13 Penang kepada Abby Abadi disaksikan oleh Fariz Musa, koordinator Jingga 13 Malaysia (bertopi).



Laporan lanjut di sini [Sharpshooter].

Jingga 13 merupakan sebuah NGO atau gabungan aktivis yang pada asalnya bergerak aktif di ruang maya (online) untuk menyebarkan maklumat. ReJaM© sendiri merupakan salah seorang pengasas yang terlibat menggerakkannya.

Kini Jingga 13 telah hampir setahun meluaskan peranannya secara offline terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, membongkar salah laku dan salah tadbir orang atasan selain mengenengahkan isu-isu rakyat.

Jingga 13 juga menjemput rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan aktivis Jingga 13 bagi mengenengahkan isu-isu rakyat dan penyelewengan serta rasuah yang berlaku di negara ini.

Salah seorang artis daripada sebuah kumpulan muzik terkenal merangkap pencipta dan penulis lirik kumpulannya juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai Jingga 13. Semoga menjadi kenyataan.

ReJaM© "Ahlan Wasahlan Kak Abby Abadi semoga terus istiqamah..."


EmoticonEmoticon