Anwar Ibrahim perjelas, jet peribadi milik seorang rakan

KEBELAKANGAN ini heboh tentang isu jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat ketika berkempen di Sabah.

Di lobi parlimen hari ini, Anwar menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya. 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.
   Anwar sempat berseloroh,

"Ya dia bantu, macam kadangkala kereta saya rosak saya pinjam kereta orang. Macam tadi kot saya tak sampai jadi saya pinjam kot kawan"

"Sebab itu masa dalam parlimen tadi kot saya nampak menggelebeh, sekarang yang saya pakai ini memang kot saya".

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent".

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.

Saksikan rakaman video kenyataan Anwar [MobTV]

ReJaM© "Tian Chua sengaja ambil gambar dan sebar supaya gerombolan meroyan kah kah kah... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan