Duta Malaysia di Indonesia sudah menyertai KEADILAN?

SEMALAM berlangsung sebuah majlis rumah terbuka KEADILAN cabang Petaling Jaya Selatan. ReJaM© turut dijemput dan hadir ke majlis tersebut.

Selain itu ReJaM© sempat bertemu pelakon Gerak Khas, yang memegang watak Inspektor Aliza, Abby Abadi di majlis tersebut rujuk sini [Abby Abadi].

Namun apa yang ingin ReJaM© ceritakan di sini ialah, tentang kehadiran Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Paduka Diraja Wan Md Jamal Md Saman, di majlis tersebut.

Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas, kata beliau lebih kurang berbunyi begini:

"Saudara saudari KEADILAN adalah parti yang mampu membela hak anda semua dan bakal mentadbir Malaysia, percayalah bahawa pilihan anda adalah tepat"



ReJaM© sempat bertemu beliau namun tidak berbual panjang kerana beliau nampaknya perlu beredar. Namun memberikan kad miliknya yang menjelaskan bahawa beliau adalah Duta Malaysia di Indonesia dan masih bertugas sehingga kini.



ReJaM© "Penjawat awam mula tunjukkan semangat untuk ubah kerajaan "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan