Menteri kabinet Pakistan tawar ganjaran RM300k bunuh penerbit filem hina nabi

SEORANG menteri Kabinet Pakistan, Haji Ghulam Ahmad Bilour (foto tengah) menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem "Innocence of Muslims"



"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dollar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan. "Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi [Sinar].

Kelihatan di dalam foto di atas, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley diiringi oleh Polis keluar dari rumahnya di California dalam keadaan wajah tertutup. Sejak awal bulan ini, Nakoula Basseley hidup dalam persembunyian bersama keluarganya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan