Friday

Musa Aman anggap Sabah negeri milik bapak dia!







PEGAWAI Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63.

Notis penolakan masuk yang dikeluarkan itu mengandungi perintah yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada beliau memasuki negeri tersebut.

“Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.20 petang tadi bersama delegasi seramai 14 orang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

“Dalam pada negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan UMNO-Barisan Nasional.

“Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini,” kata Muhammad Hilman dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Azmin yang juga turut berada di lapangan terbang menjelaskan ini merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi tiada alasan diberikan terhadap penahanan dan halangan tersebut.

“Satu tindakan yang diwajar dilakukan, kenapa perlu beri halangan sedemikian sedangan beliau merupakan warganegara Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat perlu membuat perubahan pemerintah terutamanya di Sabah pada pilihanraya kali ini bagi memastikan tindakan sedemikian tidak berulang lagi.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman melakukan apa saja mengikut kehendak beliau, warganegara sendiri ditahan tetapi rakyat asing mendapat keistimewaan,” jelasnya.

Notis penahanan tersebut ditandatangi oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fenny Fiona J Jeplin [TMI].

ReJaM© "Sabah milik bapak Musa Aman sekian terima kasih... "


EmoticonEmoticon