Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka

MASIH ingat kontroversi percutian Najib Razak tahun lalu? Di saat negara merayakan hari kemerdekaan 31 Ogos, Najib pergi bercuti ke Perth, Autralia rujuk sini [Najib sambut merdeka].

Media-media arus perdana sibuk memainkan isu pesawat peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Sabah dan Sarawak di Hari Malaysia tempoh hari.

Walhal perbelanjaan sewa pesawat itu langsung tidak melibatkan wang pembayar cukai (wang rakyat). Sebaliknya percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta.

Hal ini turut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Nurul Izzah Anwar [Mkini]
      
Inilah yang dikatakan orang, muncung berkokok ekor bergelumang taik. Berapa banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rakyat daripada dibazirkan untuk percutian Najib dan Rosmah?

 ReJaM© "Sapu Malaysia, Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... "

2 Comments

  1. Pencacai kata 'xpa.. Dia pm.. So xpe la pakai duit rakyat berjuta juta pun..' kah kah kah kah.. Abistu yg hang p sibuk anuar nak naik jet ke kuda ke kanggaroo ke kapal selam ke apsal?? Dia pakai duit rakyat ke?? Btambah respect aku kat dsai.. Dia sorang manusia biasa je mcm kita.. Tp satu gerombolan gegar lutut tgk dia..

    ReplyDelete
  2. Sape2 pon klu da ad pgkt msti rambang mata la. Xpyh nk ckp org len. Kite org mlayu kt msia ni kbnyakan islam kturunan,bkn pior kiai or arab, jgn nk kritik jep taw, bg la idea nk mjukn ekonomi mlyu ke pe, cri cra cmne nk buang phd dlm dri mlyu,InsyaAllah mlayu bole maju,selamat beramal

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan