Pawagam terbelah dua ketika tayang filem "Innocence of Muslims"?

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, "Innocence of Muslims".

Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Malah ReJaM© sendiri sudah menerima lebih sepuluh mesej sebaran "broadcast messages" melalui Blackberry Messengger. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.
   
Hal ini membuatkan ReJaM© rasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010.

Jika anda menggunakan carian di Google, dengan keyword "2010 Chile Earthquake" (2010 Gempa Bumi Chile) anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas.

 

Harap sahabat pembaca tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Anda akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini.

ReJaM© ada memaklumkan tentang kepalsuan berita ini di facebook MiLo SuaM semalam, rujuk sini [MiLo SuaM] namun sehingga hari ini nampaknya mesej tersebut masih terus tersebar. Ini maknanya masih ramai orang percaya berita ini adalah berita yang benar.

 ReJaM© "Jangan malukan agama kamu tanpa kamu sedari... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan