Pemuda Umno anjur demo bukan untuk bantah filem anti-Islam

AGAK menghairankan apabila Pergerakan Pemuda Umno, yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam, "Inocence of Muslim" di Kampung Baru.

Amerika Syarikat yang mereka marahkan, sepatutnya mereka pergilah ke kedutaan Amerika yang juga terletak di ibu negara, tidak begitu jauh dari tempat mereka mengadakan himpunan tersebut.

Ini tidak, Amerika yang mereka tentang, kerana dikatakan telah menghasilkan filem anti-Islam, tapi makcik jual nasi lemak di kampung baru pula yang mereka serang kah kah kah...

"Marahkan ular anak sendiri pula dipijak-pijak"

  Kalau kita lihat semalam, Dewan Pemuda Parti Islam, PAS menganjurkan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Malah dengan lantang mereka mengutuk dan mengecam Amerika di depan bangunan kedutaan itu.

Satu memorandum kecaman dan bantahan juga turut dihantar kepada kedutaan Amerika namun pihak kedutaan itu enggan turun untuk menerimanya sebaliknya hanya menghantar Ketua Keselamatan rujuk sini [Amerika enggan terima memorandum]

Akhirnya terbongkar niat sebenar Pergerakan Pemuda Umno membantah filem anti-Islam dengan cara berhimpun dan menyerang makcik jual nasi lemak di Kampung Baru.

Himpunan yang kononnya diadakan sebagai bantahan terhadap filem anti-Islam, rupa-rupanya  tidak lain hanyalah perhimpunan anti-DAP. Kononnya memperjuangkan Islam, rupanya mereka berhimpun demi "political mileage"

Konon berhimpun marahkan filem "Innocence of Muslims" tapi suruh Parti Islam, PAS keluar Pakatan Rakyat dan sertai Umno supaya mereka dapat menang mudah pada pilihanraya umum yang akan datang kah kah kah...


ReJaM© "Mana Pemuda Umno berani demo depan Kedutaan Amerika, nanti APCO marah... "

1 Comments

  1. Geng umno nie memang mcm tu..kepentingan duit jer yg dijaga.kalau pasal agama bukan ikhlas sgt pun..leader pun kaki tongang air setan..per cer

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan