Penulis upahan Najib dakwa himpunan bantah filem anti-Islam buang masa

LIHAT printscreen di bawah ini baik-baik. Inilah tweet yang menjadi bahan propaganda diulang-ulang oleh TV3 Suku dan Utusan Syaitan sejak kebelakangan ini untuk menanam kebencian orang Islam kepada DAP.

Berkekalkan sepotong ayat soalan "Are muslims wasting too much time & energy on this?" tweet daripada Ngeh Koo Ham, beliau dilabel sebagai anti Islam siang malam pagi dan petang oleh gerombolan United Malays No Otak, Umno.
    Media gerombolan menuduh kononnya Ngeh Koo Ham menyifatkan perhimpunan membantah Filem anti-Islam "Innocence of Muslim" sebagai membuang masa dan tenaga. Anda ada mata lihat sendiri beliau sedang bertanya bukan mendakwa atau menuduh.

Jika sepotong tweet ini dikira menghina Islam, bagaimana pula dengan kenyataan dan tulisan panjang lebar dikeluarkan oleh Syed Akbar Ali, Presiden Blog House Malaysia, yang juga merupakan penulis upahan Najib Razak?

Beliau tanpa rasa bersalah menulis panjang lebar menyifatkan Pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin sekadar membuang masa menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam di ibu negara [TMI].
Gerombolan samseng United Malays No Otak, Umno sanggup melucah dan mencarut sambil melaungkan takbir dan "Hidup Islam" kerana sepotong tweet rujuk sini [Takbir sambil mencarut]. Samseng-samseng ni taknak ke mencarutkan si Syed Akhbar Ali ni?

Kalau kerana sepotong tweet pertanyaan, samseng Umno sanggup berdemo melucah sambil melaungkan takbir, patutnya mereka akan berbogel dan menonggeng sambil bertakbir pula akibat artikel panjang lebar yang menyifatkan demonstrasi bantah filem anti-Islam sebagai membuang masa.

Sifirnya mudah, mana-mana isu yang mempunyai elemen 3R (Religion, Race dan Royal) akan menjadi bahan propaganda siang malam pagi dan petang di media-media gerombolan.

ReJaM© "Kalau taik cicak ada elemen 3R, taik cicak pun akan jadi popular masuk TV dan surat khabar kah kah kah... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan