PKNS buat laporan Polis terhadap NGO gila di Selangor

ORANG kalau sudah gila macam-macam perkara pelik dia boleh buat. Ada yang picit semut, kira bulu kucing, gigit itek jiran rumah sebelah dan sebagainya.

Kalau gila seperti ini tak menyusahkan orang tak mengapalah. Tapi kalau sudah sampai tahap menyusahkan atau membahayakan orang, memang patut dihantar ke hospital gila. Contohnya macam ada sebuah NGO di Selangor, Jaringan Melayu Malaysia, JMM namanya.

NGO pro United Malays No Otak, Umno ini telah menyebarkan surat mengajak penduduk yang telah membeli rumah daripada PKNS memohon kepada kerajaan negeri agar kesemua hutang rumah mereka yang masih tertunggak kepada PKNS dan SIC (anak syarikat PKNS) dilupuskan [Surat].

Alasan mereka kononnya ia sebagai tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di dalam melupuskan hutang Talam Corp. Namun hakikatnya PKNS langsung tidak ada kena mengena dengan penghapusan hutang Talam Corp.
 
Oleh kerana itu pihak PKNS telah membuat laporan Polis terhadap JMM (sebut Jaringan Melayu Mangkok) kerana cuba mengaitkan PKNS dengan penghapusan hutang Talam Corp yang tak ada kena mengena langsung dengan pihaknya.



Lucu tengok perangai gila Jaringan Melayu Mangkok. Ini sudah boleh dikategorikan sebagai orang gila yang menyusahkan orang dan mereka ini patut dihantar ke hospital gila, kerana dia ingat rumah PKNS tu rumah bapak dia kah kah kah...

Di bawah ini salinan laporan Polis yang dibuat oleh PKNS terhadap JMM (Jaringan Melayu Mangkok). Sila klik untuk membesarkan imej.


ReJaM© "Buat apa report Polis? Patutnya lapor pada hospital gila kah kah kah... "
Previous Post Next Post

iklan