Saturday

Surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah terjual RM50,000


MALAM tadi berlangsung sebuah majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat untuk mengutip derma pilihanraya umum yang akan datang.

Selain kutipan derma secara konvensional, majlis itu menyaksikan lelongan barangan peribadi milik pimpinan Pakatan Rakyat untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihanraya Pakatan Rakyat.

Antara lelongan yang berjaya dijual ialah surat yang dikirim oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Dr Wan Azizah ketika beliau dalam penjara.


Dr Wan Azizah sempat membacakan surat itu sebelum menyerahkannya kepada pembeli yang berjaya membida dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.

“Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,” katanya.

Kalau kita lihat, sekeping surat dengan coretan dakwat di atasnya sanggup dibeli oleh hartawan seperti Datuk Lajim Ukin demi membantu mengumpul dana pilihanraya untuk Pakatan Rakyat.

Teringat kisah pesawat peribadi digunakan oleh Anwar Ibrahim di dalam kempennya ke Sabah dan Sarawak tempoh hari yang disensasikan oleh media arus perdana.

Adakah perbelanjaan sewa pesawat peribadi yang dilaporkan oleh Utusan sebanyak RM96,000 tidak sanggup ditaja oleh rakan Anwar yang bersimpati dengan perjuangan beliau?


 ReJaM© "RM10 nampak besar nilainya di mata kanak-kanak tetapi tidak pada orang dewasa... "