Saturday

Bancian, 93 peratus setuju, AES hanya untungkan syarikat yang dilantik kerajaan


BERDASARKAN undian atas talian (online) yang dijalankan oleh portal Sinar Harian, setakat artikel ini ditulis, 93 peratus bersetuju bahawa AES hanya menguntungkan dua syarikat yang dilantik kerajaan (sebut syarikat kroni BN).

Bancian di halaman rasmi akhbar Sinar Harian itu membayangkan bahawa 1190 orang daripada 1279 bersetuju bahawa perlaksanaan sistem Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M yang mengenakan saman secara automatik itu hanya menguntungkan syarikat kroni.



Kalau Rejim Barisan Nasional benar-benar mendahulukan rakyat, tentu mereka akan bertindak untuk membatalkan sistem automatik merabakkan duit rakyat ini. Lihat sahajalah komen-komen ramai yang menghentam perlaksanaan sistem ini.

Cakap berdegar-degar konon Barisan Nasional mendengar rintihan rakyat, mendahulukan rakyat, mengikuti denyut nadi rakyat, tapi bila majoriti rakyat merungut dengan sistem ini mereka buat pekak mereka jadi bisu dan tuli.

Jangan lupa, kamu jadi kerajaan kerana undi rakyat. Undi rakyat juga yang akan menjatuhkan kamu kelak. Suara rakyat suara keramat!

ReJaM© "Jari tengah untuk Rejim Barisan Nasional! "

1 comments so far

KRJAAN KENA KAJI SEMULA DGN AES INI.IMPLIKASINYA CUKUP TERKESAN KPD RAKYAT DI SAAT KRJAAN INGIN MENARIK SOKONGAN RAKYAT.TERLAJAK PERAHU BLH DIUNDUR TERLAJAK DASAR BURUK AKIBATNYA.


EmoticonEmoticon