Wednesday

Isu kuil, MP BN, Kamalanathan bongkar kebodohan MIC


MINGGU lalu parti komponen Barisan Nasional, MIC cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India apabila mengadakan satu demonstrasi di kuil Batu Caves, membantah pembinaan kondominium mewah 29 tingkat berhampiran kuil.

Demonstrasi sekitar 300 kaum India yang turut disertai oleh bekas Presiden MIC, Samy Vellu itu diadakan sebagai protes kepada Kerajaan Selangor kerana meluluskan pembinaan kondominium mewah yang dikatakan akan menjejaskan struktur Kuil Batu Caves.



Sebelum itu, sebuah NGO kaum India pro Barisan Nasional, Nambikkai telah membuat laporan Polis kerana menurut mereka kononnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa meluluskan pembinaan kondominium tersebut.



Namun gara-gara marahkan Ronnie Liu yang dikatakan cuba mengaitkan dirinya dengan kelulusan kondominium itu, P Kamalanathan Ahli Parlimen Barisan Nasional Hulu Selangor telah mendedahkan perkara sebenar.

Beliau mendedahkan bahawa kelulusan projek kondominium mewah 29 tingkat itu sebenarnya telah diluluskan tahun 2007. Kalau kita lihat, semasa 2007 Negeri Selangor masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional.



Jelas secara tidak sengaja, P Kamalanathan telah mengkantoikan kebodohan MIC yang cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India. Jelaslah bahawa, projek kondominium itu sebenarnya diluluskan oleh Barisan Nasional.


ReJaM© "Ayooo sendiri luluskan sendiri bantah ka? Kah kah kah... "

3 comments

Kamalanathan tu tk bodoh tpi sesipa je yg bkwan dgn Umat Melayu Naif Otak nya dok plak dlm Be End memang la akn dibodoh2kan.
Yg PASti ALLAH membantu mrka yg jujur, ikhlas & bertawakal kpd Nya dlm memperjuangkn islam & keadilan. Mustahil kamalanathan tk tau & tak nampak 2007 tu akn jdi back fire pd partinys?
Ini hnya contoh kecil bntuan dri Allah kpd yg Dia khendaki.

Nak bantah..pergi tempat lain...ada guna kuil tempat nak bantah2..takde otak langsung

Bodoh...guna kuil buat kerja2 nie..pergi le padang ke...ada permit ke..nak buat kerja2 nie


EmoticonEmoticon