Kedai Rakyat 1 Malaysia jual makanan yang sudah tamat tempoh

TERNYATA banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual barang makanan tidak berkualiti terbukti benar. Pelbagai kes sudah dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak berkualiti sebelum ini.

Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia.

Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh.

Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia.



Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia.



Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga dijual dengan harga normal.

"Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa sehari?" tulis kiriman email itu lagi.

Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini nampaknya dijual pada harga normal.


ReJaM© "Inikah namanya kedai Rakyat? Barang tidak berkualiti dijual kepada rakyat? "

6 Comments

  1. Roti yg blm expired tp dah berkulat pun saya pernah jumpa. Ada share info dgn milo suam dlm sebulan dua lps tp mungkin milo suam terlepas pandang.

    ReplyDelete
  2. Tanda2 umnongok nak expired la ni...kah kah kah!!!

    ReplyDelete
  3. masa ko amek gmbar blum expired tp masa milo post dh lepas tarikh expired..ni tektik bodoh lh milo.!!

    ReplyDelete
  4. tektik bodoh lh milo mcm ni..orang blh agak lh.

    ReplyDelete
  5. Orang umno semua bodo.........org pas semua cerdik......tp cina dap lg cerdikkkk......

    ReplyDelete
  6. busuk betul hatinya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan