Kumpulan gangster lakukan jenayah samun tapi dilindungi pihak Polis?

KITA sedia maklum, kejadian jenayah di negara ini semakin hari semakin menakutkan. Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar melibatkan kes samun, bunuh, rogol dan sebagainya. Malah baru-baru ini ibu ReJaM sendiri menjadi mangsa kes samun.

Terbaru salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar kenalannya yang telah menjadi mangsa jenayah samun di Klang.

Mangsa samun itu mendapat kecederaan yang teruk di bahagian kepala, tangan kanan, belakang badan dan kaki kanan. Mangsa ditikam dengan banet, dibelasah dengan kayu dan batang besi akibatnya dia mendapat 36 jahitan.



Malah ketika pergelutan, mangsa yang cuba mempertahankan diri telah bertindak nekad menyepak sebilah banet tajam di tangan penjenayah, akibatnya banet itu tembus di betisnya sedalam kira-kira 4.5 cm.

Meskipun laporan polis sudah dibuat, difahamkan pihak Polis, enggan mengambil tindakan terhadap penjenayah ini meskipun identitinnya sudah dikenal pasti. Di bawah ini pengakuan pengirim email yang dihubungi melalui BBM (Blackberry Messengger)



Menurut pengirim email lagi, Pegawai Penyiasat (IO) yang bertugas mengendalikan kes ini, daripada IPD Klang dikatakan enggan mengambil sebarang tindakan.

Mangsa juga didatangi oleh kumpulan gangster tersebut yang menawarkan RM3,000 untuk menarik balik report Polis yang sudah dibuat, apabila mangsa enggan menerimanya, lima hari kemudian, gangster ini datang lagi dan kali ini menawarkan RM10,000 agar mangsa menutup kes.

Diharap dengan pendedahan ini, pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

ReJaM© "Patutlah jenayah samun tak surut-surut, rupa-rupanyanya ada tali barut... "

1 Comments

  1. kepada siapakah harus kita adukan lagi jika beginilah keadaanya,,,,,,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan