Sunday

Pengerusi dan kariah masjid dipaksa ke program bersama Najib di Perak


DIFAHAMKAN Perdana Menteri, Najib Razak akan mengadakan satu program sepagi bersama Perdana Menteri Malaysia di Teluk Intan, sempena lawatannya ke Daerah Hilir Perak pada 18 Oktober 2012 ini.

Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar sepucuk surat yang diterima daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Hilir Perak yang dikatakan memaksa pengerusi dan ahli kariah masjid untuk menyertai program tersebut.

Berikut surat yang dimaksudkan.



"Nak buat program buatlah, tapi kalau sampai nak paksa-paksa orang untuk hadir dengan menulis kehadiran adalah diwajibkan, ini satu paksaan. Ingat kami ahli jawatankuasa masjid ni tak ada kerja lain ke nak buat?" tulis kiriman email itu.

Pengirim email itu juga menyifatkan surat ini sebagai satu lagi langkah terdesak Perdana Menteri untuk mendapatkan jumlah hadirin yang ramai dengan cara memaksa kehadiran penduduk setempat.

Beliau bagaimanapun mendakwa tidak akan menghadiri program tersebut.

ReJaM© "Kata ramai penyokong, kenapa nak paksa-paksa orang datang? "

5 comments

Yang benor yooop.padam muka

Mari kita kongsi syurga dgn cina dap...

Hamba Allah itu masuk Syurga kerana Rahmat Allah. Bukan hanya kerna Amal Ibadat nya shj. (dipetik dari tulisan Pak Habib)

ps- kalau solat cukup tp x ikhlas dan menunjuk2. Rasuah dan maksiat byk. Agaknya dirahmati Allah x?

Syurga tu milik Allah..utk hambaNya yang beriman xkira dia cina ke..india ke..dusun ke..bajau ke..negro ke..kaukasian ke..arab ke..semua bleh share..syaratnya beriman dan bertakwa kepada Allah..anon,ko ckp mcm yakin benor ko masuk syurga..

Hehehe..belajar tinggi2..rugi la,tau membaca dan menulis,tp pasal agama zero..terlampau tabsub dengan perkataan melayu..smpai meracau xtentu pasal..bukan sbb melayu lu masuk syurga..klau lu mamak pun boleh masuk syurga..ni la mentaliti melayu kuno..lgsg xbrubah..ust aku pnah ckp,org melayu xkn tlg org melayu..tp kalau org cina,dorg akan tlg kaum dorg..diumpamakn mcm nk panjat pagar..org melayu slalu nye brebut,tolak menolak..tp klau org cina,dorg bantu membantu..bia same2 maju..ubah la mentaliti korg..jgn bangga sgt dgn pekataan melayu tu..pejuangkn islam..bukan melayu..minx maaf klau tersasul~


EmoticonEmoticon