Presiden Amerika, Barack Obama lancar kempen daftar undi online

HANYA tinggal kira-kira 35 hari sahaja lagi tarikh pilihanraya untuk memilih presiden Amerika bakal berlangsung, Barack Obama kini sedang melancarkan kempen mendaftar undi secara online.

Banner promosi kempen mendaftar undi secara online untuk warganegara Amerika itu boleh dilihat di banyak laman web popular di internet.



Kalau kita lihat kempen atau sistem pendaftaran mengundi secara online ini sangatlah memudahkan orang ramai yang ingin mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Lihat di sekeliling anda, berapa ramai rakyat yang sudah layak untuk menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi namun masih belum mendaftar kerana proses pendaftaran sebagai pemilih itu sendiri begitu merumitkan.

Dari segi kemampuan, Suruhanjaya Pilihanraya, SPR lebih dari mampu untuk menyediakan sistem daftar mengundi secara online seperti ini. Sibuk kempen suruh orang daftar undi, tapi tak mahu sediakan jalan yang senang.

Sistem begini lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Malah tak perlu membazirkan kertas untuk menyiapkan borang pendaftaran, hanya sediakan sistem pengkalan data yang canggih, mudah dan selamat.
Previous Post Next Post

iklan