Setiausaha Politik MB Selangor berjaya cetuskan huru hara

SUDAH lama kita perhatikan, berulang kali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mencetuskan kontroversi kepada KEADILAN Selangor. Ada sahaja yang tidak kena di matanya.

Terbaru, Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali memuji kewibawaan dan kepakaran Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan menyebut bahawa beliau diperlukan di peringkat pusat untuk melaksanakan Janji Jingga 100 hari jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Kita sedia maklum Tan Sri Khalid pakar selok belok ekonomi, berjaya membangunkan Negeri Selangor, bukankah lebih elok kepakaran ini dibawa ke pusat agar beliau memajukan ekonomi Malaysia seperti mana beliau memajukan negeri Selangor?

Namun apa yang mengejutkan, Faekah cuba membawa isu ini kepada konflik dan kontroversi apabila mengambil sisi negatif dengan menuduh Azmin mahu menentukan jawatan Menteri Besar Selangor pula.

Malah Faekah nampaknya mahu memanjangkan lagi isu ini sehinggakan sanggup mengheret isu ini sampai kepada kuasa sultan dan lain-lain.



Faekah Hussin ini hanyalah seorang penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Negeri Selangor dan tiada apa-apa jawatan dalam KEADILAN, tapi gemar menimbulkan kontroversi dan huru hara di dalam KEADILAN Selangor, suka mempersoalkan itu dan ini.

Malah sebelum ini Faekah pernah mahu mengharamkan Ibrahim Ali memijak negeri Selangor, seolah-olah Negeri Selangor ini milik bapak dia rujuk sini [Faekah].

Kalau kita lihat, YB Azmin Ali dan Tan Sri Khalid mempunyai hubungan yang baik dan rapat, contohnya di parlimen hari ini, kita boleh lihat mereka segandingan keluar bersama-sama selesai sesi perbahasan.



Kalau kita lihat Tan Sri Khalid sendiri tiada masaalah dengan YB Azmin Ali, tapi setiausaha politiknya pula yang "lebih sudu dari kuah". Faekah Hussin ini nampaknya cuba melaga-lagakan Tan Sri Khalid dan YB Azmin Ali.

Selepas ini kalau orang nak kata MiLo SuaM jadi ejen Umno atau ejen Rosmah itu korang punya pasal. Gua tak lawan KEADILAN atau Pakatan Rakyat, tapi gua lawan Penjawat Awam yang besar kepala.



ReJaM© "Banyak kali buat hal nak tunggu apa lagi? Pecat sajalah... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan