Skim graduan beli kereta lebih membebankan orang muda - KEADILAN

JAWAPAN Dato' Mustapha Mohamad bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais sudah dijangkakan. Namun, kenyataan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa skim-skim pembiayaan yang ditawarkan kepada graduan dan siswazah boleh membantu meringankan bebanan harga kereta yang mahal memberi gambaran yang salah dan berbahaya.

Institusi kewangan di Malaysia memang menawarkan pakej pembiayaan kereta tanpa sebarang cagaran untuk tempoh 10 tahun, khusus untuk graduan baru dan siswazah yang masih menuntut. KEADILAN berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya menambah keberhutangan rakyat Malaysia dari umur yang begitu muda.

Masalah pokok bebanan bayaran ansuran kereta yang tinggi adalah cukai eksais dan cukai-cukai lain yang dikenakan sehingga mencecah 100%. Kaedah pencukaian secara sembunyi yang digunapakai Umno/Barisan Nasional selama ini menyebabkan rakyat terpaksa berhutang dalam tempoh masa yang panjang untuk membayar cukai kepada kerajaan.

Memanjangkan tempoh pinjaman untuk memberikan gambaran bahawa harga kereta lebih murah adalah satu langkah tidak menyelesaikan masalah, malah makin membebankan kerana terpaksa membayar faedah bagi tempoh yang lebih panjang.

Perbandingan berikut yang dibuat bagi 5 kereta utama yang sering dibeli oleh golongan muda menunjukkan perbezaan di antara cadangan Pakatan Rakyat yang menurunkan harga dengan menghapuskan cukai dan reaksi Barisan Nasional yang memanjangkan tempoh berhutang:



Proton Saga
Perodua MyVi
Proton Preve
Toyota Vios
Honda City
Harga atas jalan
42,000
56,000
62,000
74,000
85,000
Kadar faedah sewa beli
2.8%
2.8%
2.8%
2.5%
2.5%
Jumlah faedah dibayar
11,760
15,680
17,360
18,500
21,250
% faedah dibayar berbanding harga (termasuk cukai eksais)
28%
28%
28%
25%
25%
Ansuran bulanan
448
597
661
771
885
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)
500
500
500
500
500
% ansuran dari gaji purata RM1,800
25%
33%
37%
43%
49%
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800
53%
61%
65%
71%
77%

Harga kereta tanpa cukai eksais

% cukai yang dikenakan
85%
85%
85%
85%
85%
Harga atas jalan tanpa cukai eksais
22,703
30,270
33,514
40,000
45,946
Jumlah faedah dibayar
6,357
8,476
9,384
10,000
11,486
Ansuran bulanan
242
323
357
417
479
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)
500
500
500
500
500
% ansuran dari gaji purata RM1,800
13%
18%
20%
23%
27%
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800
41%
46%
48%
51%
54%

Penjimatan bulanan (RM)
206
274
304
354
407

(Perbandingan dibuat berdasarkan gaji purata RM1,800, pinjaman 10 tahun tanpa cengkeram)

Berdasarkan perbandingan tersebut:

§  Graduan muda terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya separuh dari gaji (53%) untuk menanggung ansuran kereta dan kos kereta, dibawah dasar kereta Umno/Barisan Nasional
§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda menjimatkan 50% dari bayaran ansuran kereta yang ditanggung berbanding sekarang (contoh: Proton Saga ansuran RM242 berbanding ansuran RM448)
§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda berpendapatan RM1,800 sebulan paling kurang akan menjimatkan RM206 sebulan, bersamaan dengan kenaikan gaji 12%
§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, harga Proton Saga hanyalah RM22,703

KEADILAN tetap dengan pendirian bahawa menghapuskan cukai eksais adalah cara terbaik mengurangkan beban orang muda di samping menambahbaik industri automotif Malaysia, bukannya dengan menggalakkan orang muda berhutang dengan lebih lama.

Jawapan Dato' Mustapha Mohamad hanyalah alasan tanpa memberi sebab sebenar kenapa Umno/Barisan Nasional menolak cadangan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

25 OKTOBER 2012 


1 Comments

  1. Apakah Anda membutuhkan pinjaman nyata? Apakah Anda pernah ditolak oleh lembaga keuangan, bank dan perusahaan pembiayaan lainnya? Jika ya, tidak khawatir lagi karena @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah perusahaan keuangan berpengalaman yang memberikan fasilitas pinjaman kerumitan gratis untuk individu asli dan serius, perusahaan, perusahaan perusahaan dan masyarakat dengan bunga 2%. Kami memiliki akses ke kolam renang uang tunai untuk memberikan kepada UKM dan mereka dengan rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil. Yakinlah kesejahteraan dan kenyamanan adalah semua kita di sini untuk memastikan. Dapatkan berhubungan dengan layanan pelanggan @ email kami: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk respon cepat dan cepat ......
     
                                        PEMOHON DATA YANG DIBUTUHKAN
     
     
    1. Nama
    2. negara
    3. Alamat
    4. Jenis kelamin
    5. Pekerjaan
    6. Posisi di tempat kerja
    7. Pendapatan Bulanan
    8. Jumlah yang dibutuhkan
    Durasi 9. Pinjaman
    10. Agama
    11. Apakah Anda menerapkan sebelum dan menolak? Jika ya
    12. Alasan Negara ..........................................
    ......................................................... ...
    ......................................................... ...
    ............................................................
    ......................................................... ...
     
     
     
    Seseorang sedang menunggu untuk berbicara dengan Anda

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan