Barack Obama cipta sejarah di Twitter tewaskan Justin Bieber

SALAH satu tweet oleh Barack Obama di akaun twitter miliknya selepas menewaskan seorang lagi calon presiden Mitt Romney mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai tweet paling banyak menerima "retweet" dan "Favorites".

Tweet ringkas dengan mesej "Four more years" (lagi empat tahu) dengan gambar dirinya yang sedang memeluk isteri itu ditulis beberapa minit selepas mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika kerana memilihnya sebagai presiden untuk empat tahun lagi.

Setakat artikel ini ditulis, tweet itu sudah menerima 733,303 retweet serta 253,861 favorites daripada pengikut-pengikut di halaman twitter beliau sekaligus memecahkan rekod yang selama ini dipegang oleh Justin Bieber di Twitter.



Rekod twitter sebelum ini dipegang oleh artis remaja terkenal, Justin Bieber dengan jumlah 223,376 retweets dan 100,596 favorites yang ditulis pada 26 September 2012 yang lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan