Dr Badrul Amin bersama Ustaz Ann Wan Seng ditahan JAIS

BARU sahaja terbaca di twitter milik kartunis ronasina yang memaklumkan bahawa Dr Badrul Amin dan Ustaz Ann Wan Seng telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Difahamkan mereka ditahan ketika menghadiri sebuah majlis makan malam mengenang Abuya. Dr Badrol Amin dan Ustaz Ann Wan Seng dikatakan akan dibawa ke Shah Alam.

Abuya yang dimaksudkan dalam twitter di atas mungkin merujuk kepada pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang suatu ketika dahulu pertubuhan itu pernah diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Muhammad.

Al-Arqam yang bergerak aktif selama lebih sepuluh tahun dan memiliki lebih 10,000 ahli, memiliki kilang dan hospital sendiri itu diharamkan selepas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meramalkan dirinya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, menggantikan Dr Mahathir.

Akhirnya, Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohammed kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Update: Dr Badrol Amin sedang memberikan keterangan di bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.  Pihak JAIS berkata ia bukan satu tangkapan. Tapi Dr Badrol Amin diangkut menggunakan trak Polis. Alasan penahanan ini kerana melanggar fatwa mufti yang dikeluarkan dalam tahun 1995 yang mengharamkan Al-Arqam.

Maklumat lanjut berkenaan tangkapan ini akan menyusul.

Sent from my BlackBerry®

13 Comments

  1. Ustat badrul amin ni lah rupa seorg munafik.menyesal aku undi pr dulu.tuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mane saudara ckp ustat tu munafik?lgpun knape pulak nk nyesal undi PR?salah ke undi PR?kalau die munafik skali pun,saudara tanggung dosa die ke?penah ke saudara berguru dgn die?die pun xpenah sebar kn ape2 ilmu yg dibawa oleh al-aqram..1 lg,(tuihh) tu je da menunjuk kn yg saudara ni musuh dalam selimut..otak umno mmg cmni ke?lgsg xde adab?umno xpenah ajar korg adab ke?pasal agama islam tu mmg aku tau,xpenah..tp xkn adab melayu kuno pun,umno xajar?malu nye undi umno..

      Delete
  2. Munafik, CIA, Michael Jackson, Soros... semua la.

    Ust Badrul dah biasa naik Black Maria .

    ReplyDelete
  3. al arqam sesat sbb byk ahli dia yg taksub... tp yg terpenting sbb diharam adalah kerana melawan kerajaan,,, ini fakta

    ReplyDelete
  4. Cita politik memang akan hangat... g makan pun salah

    ReplyDelete
  5. Mmg la salah..hudud pun salah..tutup aurat,pakai tudung,sentuh laki prempuan bukan muhrim pun salah..nasib baik aku sokong barisan nasional,boleh makan babi,boleh hina islam secara bebas,boleh main tikam nombor,silap haribulan,dpt jd pengarah genting xpun sport toto..jgn sokong pas,pas tu kn parti ajaran sesat,dap pulak anti melayu,raja dan jugak islam..pkr pulak kaki sex..lebih baik sokong barisan nasional,paling2 cacai pun,hujung bulan knr bayar saman aes je,pastu ujung taun kne income tax,awal taun dpt br1m xpun duit skola anak..bagus kn pemikiran cmni..hehehe

    ReplyDelete
  6. Antara umno dgn al-arqam..baik aku sokong al arqam..al arqam ni difatwakan sesat sbb mahathir je..bukan sbb diorg ni btl2 sesat..aku akui ahli arqam mmg taksub dgn abuya..itu diorg punya pasal la..taksub dgn abuya x rosak akidah pun..yang aku perhati pengikut2 abuya ni akhlak baik..x kejar dunia..hidup susah kat dunia pun diorg x kisah..x bergantung dgn sistem yang dunia skg amalkan..byk berzikir aurad muhammadiah..lagi aku respect diorg blh hidupkan sunnah nabi berpoligami walaupun skg ni sunnah ni dpandang serong masyarakat..so aku x tekejut klu ustaz badrulamin hadir dlm majlis diorg..jgn ustaz badrolamin hadir dlm majlis kpop umno sudah ler...heheheheheh.....

    ReplyDelete
  7. ini ke ostat yg bg ceramah dgn bini org pukul 3 pagi dlm bilik hotel tu?! Hmmmm, patut pun.. Kena tipu lg dgn PR

    ReplyDelete
  8. Ustaz pkr ke yang kena tahan tu ....ada kes lagi satu dekat hotel tu belom habis lagi kan ....he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala pemimpin pkr mmg da biase da kene kes..nnt bile tarikh pilihan raya da umum,lg la macam2 kes..silap haribulan,kes liwat kali ke 7..rakyat da biase sgt da dgn penipuan media umno..pemimpin umno je kebal,menipu tp selamat kt dunia contoh nye mcm khir toyol..baru sorg tu,nk sebut byk2 takut bejela pulak..nnt panas mata pulak..he he he
      Pemimpin umno kebal,
      Penyokong umno bebal...

      he he he

      Delete
  9. Dah tahu al arqam tu sesat lg ko nak ikt al arqam...ko pnh tak join al arqam??aku duduk lame kat kpg sungai penchala aku tahu lah mcm mane ajaran dia...dah lah sesat ada plak orang lg sesat nk plh al arqam..wallahualam...knp ko tak cakap plh ayah pin je...tu lah melayu kalau dh termelayu sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan