Thursday

Gabungan Mahasiswa Islam kecam serangan Israel ke atas Gaza


TINDAKAN biadap Israel ke atas umat Islam terus berlanjutan dan semakin keterlaluan. Serangan udara yang dilakukan ke atas Semenanjung Gaza semalam sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 9 orang termasuk ketua sayap tentera HAMAS, serta pengisytiharan secara rasmi dan terbuka oleh Israel Defense Force (IDF) untuk terus melakukan serangan ke atas Gaza, juga mendapat izin dari US. 

Lebih malang lagi, kenyataan angkuh yang dibuat oleh jurucakap IDF menyatakan bahawa serangan tersebut adalah bertujuan untuk menyelamatkan warga Israel dan membasmi pengganas adalah merujuk kepada HAMAS.

Dalam hal ini, US pasti tidak akan membantah tindakan Israel kerana Israel dan minyak adalah dua rukun untuk US terus kekal sebagai kuasa besar dunia.

Berkenaan dengan isu ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) :

1. Mendesak Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab segera bersidang bagi mencari penyelesaian segera.

2. Mendesak Wisma Putra segera menyatakan pendirian rasmi dan mengambil tindakan yang lebih tegas bagi memberi tekanan kepada Israel.

3. Gamis dengan proaktif menganjurkan demonstrasi aman di hadapan Kedutaan US pada hari esok, Jumaat, pada jam 2 petang di hadapan SOGO Kuala Lumpur sebagai membantah tindakan Israel dan sikap US dalam isu ini.

Justerus, GAMIS menyeru kepada seluruh umat Islam dan masyarakat Malaysia yang prihatin untuk hadir ke himpunan aman esok. Isu kekejaman terhadap rakyat Palestin bukan sahaja isu umat Islam tapi isu kemanusiaan juga. 

Muhamad Azan Safar

Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)



Sent from my BlackBerry®


EmoticonEmoticon