Thursday

Imam maut dipukul ketika menunaikan solat Subuh sendirian




SEORANG imam ditemui maut akibat dipukul menggunakan senjata tumpul oleh lelaki kurang siuman jam 6 pagi semalam di Madrasah Kampung Gual Petai Lima, Tanah Merah Kelantan.

Mangsa Abdullah Nawang, 77 dilaporkan dipukul ketika sedang solat bersendirian dan ditemui tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh dua jemaah wanita yang datang ke madrasah itu untuk menunaikan solat Subuh.

Seorang suspek berusia 57 tahun yang pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab sebelum ini ditahan di salah sebuah kedai kopi di Kampung Kulim kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian sejurus selepas laporan Polis dibuat.

Sumber: Sinar Harian

Di bawah ini gambar surau tempat di mana kejadian tersebut berlaku.


Salah seorang penduduk kampung menunjukkan lokasi di mana imam tersebut ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.




Sent from my BlackBerry®


EmoticonEmoticon