Thursday

JAIS dan Nurul Izzah perlu berbincang secara baik - MB Selangor


MENTERI Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam dan menguatkan persefahaman ummah.
 
Beliau berkata,  adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk pro-aktif dan memahami maksud sebenar kenyataan YB Nurul Izzah seterusnya menyelesaikan sebarang kekeliruan supaya tiada perbezaan pemahaman. Menteri Besar yakin YB Nurul Izzah berniat baik ketika membuat kenyataan itu.
 
"Satu perkara yang jelas ialah tiada orang Islam yang mahukan saudara Islamnya meninggalkan agama. Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menjaga masyarakat Islam lain dengan lebih baik," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat EXCO hari ini.
 
Beliau menyokong dan memuji kesediaaan YB Nurul Izzah  untuk berjumpa dengan JAIS bagi menerangkan maksud sebenar di sebalik ucapannya yang didakwa telah diputar belitkan oleh media dan penulis blog.
 
"Saya dapati ada sesetengah laporan berita yang telah lari konsep awal (maksud sebenar) termasuk Utusan Malaysia yang menyiarkan laporam berita seolah-olah kenyataan YB Nurul Izzah itu ke arah 'kenerakaan'.
 
"Pada saya ini perkara ini tidak betul dan kita perlu selesaikan dengan baik demi kebaikan umat Islam bersama," katanya.
 

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR 
Sent from my BlackBerry®


EmoticonEmoticon