Kamera Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) dipasang secara haram di Selangor

BEBERAPA blog pro Barisan Nasional ada memainkan isu kononnya kerajaan di empat negeri yang ditakbir oleh Pakatan Rakyat disifatkan "cakap tak serupa bikin" berhubung isu Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES).

Blogger-blogger ini mempertikaikan pengumuman keempat-empat Negeri Pakatan rakyat untuk menangguhkan perlaksanaan saman automatik, AES yang membebankan rakyat itu. Ini kerana menurut mereka sistem saman AES itu telah dilaksanakan di Selangor.

Akhirnya, barulah kita faham rupa-rupanya kamera yang dipasang di sekitar negeri Selangor sebenarnya tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Dalam kata lainnya, kamera-kamera AES yang mahu mencuri duit rakyat ini dipasang secara haram!



Perkara ini didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang dipetik oleh Sinar Harian. Maklumat itu diperolehi daripada Yang Dipertua PBT di seluruh negeri yang mendedahkan bahawa pemasangan kamera AES itu dibuat tanpa keizinan pihak mereka.

“Ini (pasang kamera AES tanpa kebenaran merancang) adalah salah di sisi undang-undang. Bagi saya, kalau tiada kebenaran merancang, ia dianggap illegal (tidak sah). Sesiapa pun yang kena (saman), mereka tidak payah bayar sebab (pemasangan kamera AES dibuat) tanpa kelulusan,” katanya.

Maka sudah terang lagikan bersuluh, jika anda menerima saman AES di sekitar negeri Selangor, maka anda tidak perlu membayarnya kerana syarikat kroni Barisan Nasional yang menguruskan AES ini telah memasang kamera mereka secara haram untuk merompak duit rakyat.


ReJaM© "Kalau kena saman AES di negeri Barisan Nasional, kenalah bayar... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan