Wednesday

Minit mesyuarat dedah MIC terlibat lulus projek kondominium mewah di Batu Caves


TIDAK habis lagi dengan isu kelulusan kondominium mewah berhampiran Batu Caves. Parti komponen Barisan Nasional, MIC kali ini dimalukan lagi melalui akhbar The Sun yang melaporkan bahawa MIC terlibat meluluskan kondominium yang dibantah oleh mereka sendiri.

Minit mesyuarat mendedahkan bahawa Timbalan Menteri Luar Datuk A Kohillan Pillay bersama tiga lagi wakil MIC telah memberikan undi untuk meluluskan projek kondominium mewah, Dolomite Park Avenue berhampiran Batu Caves pada 29 Nov 2007.


Namun pada 26 Oktober 2012 yang lalu, bekas Presiden MIC, Datuk Samy Vellu bersama kira-kira 300 kaum India berhimpun di Batu Caves kononnya untuk membantah Kerajaan Negeri Selangor kerana meluluskan projek yang kononnya akan merosakkan struktur Kuil Batu Caves rujuk sini [Isu Kuil].

Namun akhirnya cubaan mereka memainkan sentimen agama bagi meraih sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional gagal apabila satu persatu tembelang mereka kantoi kah kah kah...

ReJaM© "Sendiri berak sendiri basuhlah, apa pasal tuduh orang? Ayooo... "


EmoticonEmoticon