Pakatan Rakyat tawan putrajaya, siapa paling layak jadi PM?

TERBARU, seakan ada sedikit pergeseran atau polemik berhubung jawatan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya menawan putrajaya. Ada yang mencadangkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia nanti.

Usul atau cadangan melantik Presiden PAS sebagai perdana menteri muncul dalam muktamar tahunan Parti Islam, PAS yang ke 58 di Kelantan baru-baru ini. Jika sebelum ini, umum mengetahui bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sering disebut-sebut sebagai PM daripada Pakatan Rakyat.

Suka ReJaM® untuk berikan pendapat peribadi dalam hal ini. Kita perlu realistik di dalam memilih perdana menteri bagi memikul amanah mentadbir negara ini. Jawatan perdana menteri satu tugas yang berat, tugas yang harus diberikan kepada pemimpin yang benar-benar layak.

Sebelum melangkah naik ke jawatan paling tinggi dalam negara, iaitu jawatan perdana menteri, seorang pemimpin itu mesti memegang jawatan menteri-menteri lain bagi menimba pengalaman dan diuji kebolehannya.

Seorang pemimpin mesti menimba pengalaman terlebih dahulu tentang selok belok, dan sepak terajang pentadbiran dalam kementerian-kementerian yang lebih rendah, seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

Kalau kita lihat Kementerian Pendidikan boleh dianggap ujian terakhir sebelum seseorang pemimpin layak dicadangkan untuk memegang jawatan perdana menteri. Ini kerana kementerian pendidikan adalah kementerian paling besar dan jawatan menteri pendidikan adalah jawatan paling mencabar kerana perlu mentadbir setiap sekolah yang ada di setiap ceruk pelusuk negara, setiap kampung, daerah, dan negeri dari Perlis sampailah ke Sabah.

Selepas menimba pengalaman dalam kementerian-kementerian yang lebih rendah barulah seorang pemimpin itu layak ke jawatan timbalan perdana menteri sekaligus melalui satu lagi sepak terajang pentadbiran negara secara keseluruhan di samping menunggu masa kekosongan jawatan nombor satu negara.

Dalam Pakatan Rakyat, hanya Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang sudah melepasi semua ujian yang disebutkan di atas malah beliau merupakan seorang timbalan perdana menteri sebelum dipecat dengan zalim oleh Mahathir.

Maka pendapat ReJaM® secara peribadi, Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling layak dibebankan dengan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Malaysia. Kelak beliau jugalah yang harus mendidik pemimpin pelapis untuk memegang jawatan itu bagi menggantikannya.

Menyerahkan tugas kepada orang yang benar-benar layak adalah satu tanggung jawab. Apa pula kata anda?

Sent from my BlackBerry®

30 Comments

  1. Menang dulu.la... Mesti menang dulu la... Da menang bru crite...
    Yg pasti PR da bersedia smuanya kecuali isu tuntutan bersih... Nak buat cam ne ya klu spr tetap buat tak layan tuntutan bersih tu!?

    ReplyDelete
  2. bgtau kt anak buah jgn sebarang kuar kan pendapat boleh x.......cube ade pendirian sikit.....bru nak pilih pm pon smpai kecoh ape cite beb.....dah muktamad nak pilih dato seri anwar....ok lah tu.....aku cakap aku sokong pas....tp kalo mcm ni perkara aku memang x suke.....nmpak sangat x boleh dengor atau bersatu.....malu woiiiii......tolonglah weiiiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weiii..kita dok kata umno x demokrasi tp kita lg teruk, Tn hj pun layak jd pm tiada isu akhlak pengalaman boleh dicari Weiii..takbirrr..

      Delete
    2. Weii, pengalaman d cari sebelum jd PM..pengalaman mentadbir negara bukan setakat sehari dua..atau hanya sepenggal menjadi MB, kalau x ada calon lain yg layak boleh le...tapi senang2 je d kuis semula oleh BN/ Umno..Ni dah ada orang yg mmpunyai pengalaman luas dlm mntadbir negara dan mmpunyai pengslaman luar dan dlm kerajaan..dan diterima oleh segenap masyarakat..x tau la kalau PAS X terima pulak...PAS..PAS..biasa la bila nak capai kmenangan PAS aksn bagi peluru trpopedo pd musuh...

      Delete
  3. Presiden mesir skrng tak pernah pegang portfolio menteri pun sblm jadi presiden skrng?So tak dia alasan jika nak jadi pm kna experience jadi menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi PM setakat nama je boleh la...Presiden Mesir yg baru ni baru berapa bulan je..Jauh lagi perjalanan dan ranjau durinya..Setakat intro boleh gah tapi apa yg kita nak lihat sepanjang 5 tahun..ni pun dengor2 dah iktiraf Israel..dalam punya kuat menentangnya..sepak terajang politik bukan boleh dapat dalam sahari dua..Tu Dewan Ulamak nak bagi malu TuanGuru Haji Hadi, bila brbincang dgn rakan2 dalam PR lain cerita nya bila brdepan dgn ahli2 lain ceritanya..ni la nama nya MELAYU isla x ada pendirian tetap. DAP pulak yg pemimpin bukan islam brpegang pada janji permuafakatan..malukn ISLAM je

      Delete
  4. umno palu gendang, org pr x pyh pikir trus je ajak ramai2 menari..

    ReplyDelete
  5. He he he ....undi pun belom , dah angan angan nak jadi pm , simpan lah angan angan tu .....he he he

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Siapa pm tak perlu diperkata sekarang.biar menang pilihanraya dulu baru kita bincang hal ini.Untuk menang pilihanraya pr berhadapan dengan spr.Kita sedia maklum spr dibawah telunjuk bn\umno dgn kata lain dicelah kankang bn. Sudah semesti tindak tanduk badan ini untuk memenamgkan bn.Selagi tututan 8 perkara belum berjaya jangan harap pr dapat menawan putraja.
    Yg.penting sekarang sama sama kita berjuang supaya tututan 8 per.mndapat kejayaan sebelum fru13 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm dh tahu kalah je..baik x payah bertanding!!! klu nanti kalah terus nk salah kn spr 100% senang je korg ni gunakan otak utk berpikir erkk..

      Delete
  7. tamak betul nak jadi pm ! nak menuju putra jaya , kih kih kih....silap hari bulan pakatan lingkop selepas pilihan raya nanti , hadi awang tanam tanam tembakau dekat marang.....kih kih kih....orang tamak selalu rugi !.....ingat tu !

    ReplyDelete
  8. Tu la Dewan Ulamak Pas umumkan Haji Hadi LEBIH LAYAK jadi PM, geli geleman aku mendengornya...bagi yg mengikuti perkmbagan politik semasa Malaysia akan nampak jauh beza nya. ...kalau kaca jgn d kata berlian..PAS pun banyak berubah dan boleh d terima bnyk pihak atas apsa yg brlaku pd Anwar sejak 98. Bila ramai yg x setuju atas apa yg d lakukn pd DS Anwar ramai masuk PAS...tanya lah Hassan Ali..

    ReplyDelete
  9. Hang ni blogger anwar rupanya... Pm msti drp pas.. Ko gay ko ske liwat Sb tu ko Nk anwar jd pm... Puiiiiii!!! Neraka la ko

    ReplyDelete
  10. Tuanguru hadi lu langkah dulu mayat cik nuar klu nak jadi PM Msia. Jgn mimpi la puak pas. Gi bawa tin milo je la masa ceramah politik pas. Masa ceramah agama tak la pula tin milo berjln heeeee....

    ReplyDelete
  11. Tuanguru hadi lu langkah dulu mayat cik nuar klu nak jadi PM Msia. Jgn mimpi la puak pas. Gi bawa tin milo je la masa ceramah politik pas. Masa ceramah agama tak la pula tin milo berjln heeeee....

    ReplyDelete
  12. Mula mula hadi awang nak bersara dari politik...tak menjadi...lepas nak bersara dari politik nak bertanding lawan najib dekat pekan....tak menjadi...lepas tak jadi lawan najib dekat pekan tiba tiba nak berangan nak jadi pm pula kalau pakatan rakyat menang....bahasa inggeris pun tak tahu nak jadi pm....hehehe.....masok angin keluar asap hujong hilang pangkal lesap .....hudud entah kemana, negara kebajikan entah kemana.....entah lah hadi awang ni.....nanti kalau saya cakap lebih , tercuit pula emosi puak puak pas ini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuu..kah..kah..
      Aku lg suka abg ajis jd pm memandangkn idea2 yg terlalu bernas mnghasilkn air teh tarik dr paip air di kelantan dan tenaganya yg kuat mcm remajaaa..ayuh abg ajis..ayuh.

      Delete
  13. Kih..kih..belum ape2 lg dh berebut nk jd pm, yg lg kelakar pencacai2 pn boleh bergaduh nk kn pemimpin diorg yg jd pm, memang bongok lh diorg ni semua gila kuasa betul!!!
    kepada ReJaM@ tima kasih byk2 lh kerana berjaya jdkn pencacai2 pas ni balaci korg..kih..kih..dan ko pn djadikan balaci kepada dapig..kih..kih..

    ReplyDelete
  14. Menuju putera jaya kalau pakatan menang...kah kah kah.....saya tak payah menunggu pakatan menang menuju putera jaya...saya hari hari menuju putera jaya sebab saya kerja di putera jaya,,,,,kah kah kah

    ReplyDelete
  15. Nik aziz otai kelantan....ayoh satu cabaran untok kau jadi pm !

    ReplyDelete
  16. Kesian parti pas hari hari kena sakat......hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah..kah..org klu taksub pada sesuatu mcm ini lh bro asyik kena sakat je. ..Kih..Kih..

      Delete
  17. Org klu taksub mcm ni lh bro asyik kena sakat je..Kih..Kih..

    ReplyDelete
  18. Senang cmni, tak perlu gaduh2. lantik je pm lebih dari 1 org. Amacam? Anwar ibrahim, hadi awang,kit siang jadikn je pm. Abg mat kalu nk jd pm gak pun boleh

    ReplyDelete
  19. Salam.. Saya terpanggil utk membuat sedikit komen terhadap siapapun yg layak menjadi PM Malaysia sekiranya PR menang dlm PRU nanti.. Siapa saja layak jadi PM, asalkan dia Islam. Itu yg termaktub dlm perlembagaan.
    Sebagai sebuah negara sering dibayangi kelibat campurtangan kuasa2 besar dunia, Malaysia tidak akan terlepas drp ancaman asing jika sekiranya negara ini diperintah oleh parti Islam..
    Dunia telah dibuktikan di mana pada tahun 1991, parti Islam Algeria iaitu, Islamic Salvation Front telah diharamkan kerajaan pada masa itu ketika parti Islam tersebut di ambang kejayaan dlm PRU apabila menguasai 48% kerusi pada pusingan awal pengiraan undi.
    Dua pemimpin utamanya iaitu bakal PM Abbassi Madani dan Ali Belhadj telah ditangkap dan dipenjaranya.
    Keadaan serupa juga. Keadaan yg sama juga pernah berlaku di Turki..
    Bagi saya, Anwar yg lebih libral, adalah calon terbaik di peringakt permulaan jika PR menang PRU, sebelum tampuk pemerintahan benar2 boleh diambil alih oleh pemimpin drp parti Islam..
    Mungkin anda semua menganggap saya umpama lebih menyokong Anwar dlm persoalan ini, tetapi pada hakikat sebenarnya saya tak mahu pemimpin kesayangan saya dlm Pas akan menerima nasib yg sama seperti di Algeria dan Turki.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  20. Aku nak org pas jadi pm

    ReplyDelete
  21. Aku nak najib jadi pm ....hehe

    ReplyDelete
  22. Bagi jer kat kak Rosmah lagi best...kan...kan...kan

    ReplyDelete
  23. angan2 mat jenin

    ReplyDelete
  24. Semua x layak... macam hampeh seko2....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan