Perdana Menteri, Najib Razak imamkan Solat Asar di Ampang semalam?

DIFAHAMKAN satu program Solat Asar berjemaah bersama Perdana Menteri, Najib Razak dianjurkan di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang semalam berikutan tersebarnya banner promosi tentang program tersebut di merata-rata tempat.

Program ini dikatakan idea Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim yang dikhabarkan akan bertanding di parlimen Ampang pada pilihanraya Umum ke 13 nanti menentang penyandang kerusi parlimen itu, Ketua Wanita KEADILAN, YB Zuraidah Kamaruddin.



Tidak ada masaalah dengan program ini, program bersifat Islamik seperti ini memang wajar disokong. Kalau boleh diadakan selalu oleh Najib Razak sebagai salah satu jalan dakwah dan islah kepada rakyat.

Cuma ReJaM© tertanya-tanya adakah Perdana Menteri menjadi imam di dalam program solat Asar secara berjemaah semalam? Biasanya kalau Najib jadi imam, tentu akan heboh di media-media arus perdana seperti hebohnya "Pak Lah" mengimamkan solat Maghrib suatu masa dahulu.

Namun nampaknya tiada sebarang liputan di media-media arus perdana tentang Najib mengimamkan solat Asar semalam. Memang tiada liputan atau ReJaM© yang terlepas pandang? Ada sesiapa sahabat pembaca di sini yang sertai program Najib semalam? Apa cerita?

ReJaM© "Berpuluh tahun jadi pemimpin, takkan nak pimpin solat tak boleh kot? "

17 Comments

  1. Kalau haji jib jadi imam solat asar..rosmah confem blh bagi tazkirah lepas magrib....kah kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Tak kisah sape sape imam pun , yang penting khusyuk .

    ReplyDelete
  3. ade sspe yg ikot program tu tak..nak tau jugak kebenarannye..

    ReplyDelete
  4. Kita tak ikut program tu , mana kita nak tahu....he he he.

    ReplyDelete
  5. Agak-agak korang sah tak solat tu?

    ReplyDelete
  6. Hoi bebal ! aku baru lepas magrib ! Agak agak kau sah tak aku punya sembahyang ? Apa bangan sangat orang pas ni !

    ReplyDelete
  7. sembahyang lu xsah.
    solat lu insyaAllah sah.

    bodo piang anon 14nov 7.38pm

    ReplyDelete
  8. Apa pelik benar ke kalau najib imamkan solat sampai nak sgt tau betul ke najib jd imam. Najib org Islam & solatnya sah jika cukup syarat sah solat. Aku rasa pas hanya dpt laksanakan hudud jika berhabung dgn umno. Busuk2 org umno pun sudah tentu mereka beragama Islam dan tentunya mereka lebih rapat dgn hudud berbanding org DAP, MIC & MCA.. Fikirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bukan Islam tolak hudud itu mmg fitrah tp pemimpin umngok yg mengaku Islam tp tolak hukym hudud apa cer...ayat wajib puasa, solat, hj mereka trima tp ayat hudud tolak. Padahal semua itu dlm Al-Quran. Ayat qot'ie iaitu yg tak boleh diubah.Hukumnya wajib dilaksanakn. Pergilah mengaji ilmu tauhid utk memahami hal ini. Menolak @ m'persendakan ayat Al-Quran walau 1 huruf akan menyebabkn kita t'keluar
      drp Islam. Hudud yg dirangka oleh Pas tidak ada keraguan pdnya jika kita btl2 faham ttg hukum ini. Pergilah mengikuti kuliah agama agar kita diberi ilmu dan dibuka minda agar dpt mbezakn yg mana hak & yg mn bathil.

      Delete
  9. Solat jadi bahan politik pas !

    ReplyDelete
  10. Najib jd imam solat mmg tak pelik. Tp sorang kafir mengaku ikut contoh khalifah islam cukup pelik sbb si kafir mmg tak akan redha dgn org Islam selagi tidak mengikut agama mereka...

    ReplyDelete
  11. Imam lim guan eng ! kih kih kih

    ReplyDelete
  12. Kalu dh pemimpin tolak hukum islam, tolak hudud, dgn sdirinya solat die pon x sah..jgn jd bodo ngat..sia2 je kalu solat..hukum dlm quran pon tolak..

    ReplyDelete
  13. Pergh..dah ada fatwa baru dikeluarkan. Fatwa berasaskan nafsu politik kepartian..

    ReplyDelete
  14. Yang solat 1 masjid 2 imam tu macam mana ? Sah ke tak sah solat itu ? Cuba lebai lebai pas jawab !!!!!

    ReplyDelete
  15. Memang pernah berlaku bro , tak silap dekat terengganu , satu masjid solat dua imam , naik bulu roma saya dengar !

    ReplyDelete
  16. Kalau gitu sebelum solat jemaah kat mana2 tempat kena tanya dulu imam dari parti mana sbb takut solat tak sah berimamkn org umno haha... Mmg fatwa ni memecah belah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan