Sunday

Serang PKNS, Noh Omar menipu lagi


MENTERI Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. 

Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat. 

Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra. 

Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu. 

Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS. 

Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa. 

Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun. 

Dengan bantuan juak-juak Umno di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. 

Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut. 

Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai. 

Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut. 

Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS. 

Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung. 

Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat. 

PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat. 

Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu. 

Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan. 

Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu. 

Apa yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat. 

Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan"

(Al-Hujurat:6)

1 comments so far

yelah tu apa motif nak tukar hakmilik la bagai?


EmoticonEmoticon