Thursday

Tahap pencemaran air di Negeri Selangor masih terkawal - Elizabeth Wong


TAHAP pencemaran sumber air Negeri Selangor masih terkawal dengan indeks kualiti Air di tiga sungai utama iaitu Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang meningkat setiap tahun sejak  2000 hingga 2012.
 
Indeks Kualiti Air bagi Sungai Langat meningkat daripada 68 kepada 76 walaupun masih berada kelas ketiga dalam kategori sederhana tercemar. Sungai Selangor pula meningkat daripada 81 kepada 86 pada kelas kedua dalam kategori bersih manakala Sungai Klang meningkat daripada 53 dalam kategori tercemar kepada 72 dalam kategori sederhana tercemar.
 
Sepanjang 2010 hingga Oktober 2012, sebanyak 19 kes pencemaran sumber air yang menyebabkan henti tugas loji pembersihan air direkodkan. Kes-kes ini melibatkan pencemaran daripada pelbagai sumber seperti kilang, tapak pelupusan sampah, kuari dan kejadian alam semula jadi.
 
Antara sumber utama yang mencemarkan sungai selangor adalah daripada tumpahan minyak daripada kilang-kilang dan sekurang-kurang 2 kilang termasuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham telah diambil tindakan oleh kerajaan negeri dengan meminta jabatan peguam negara untuk mendakwa syarikat yang terbabit di mahkamah.
 
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap kesalahan pencemaran sumber air Negeri Selangor menerusi dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Selangor dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran.
 
Bagi kes kecemasan seperti pencemaran yang menyebabkan henti tugas loji, tindakan serta merta akan diambil melalui Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran SUmber Air Negeri Selangor yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menangani sebarang kes pencemaran.
 
Secara amnya, pencemaran sumber air adalah disebabkan ketidakpatuhan dan pelanggaran kepada peraturan sedia ada oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Setiap kes pencemaran diberi perhatian dan tindakan segera oleh LUAS supaya ia tidak menjejaskan keperluan masyarakat.
 
YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Sent from my BlackBerry®


EmoticonEmoticon