Exco BN Perak lapor polis kerana diugut oleh pemimpin DAP!

MALAM tadi TV3 Al-Musyrikin menyiarkan berita gempak, berita ganas kononnya pemimpin DAP telah mengugut Exco Barisan Nasional Perak, Hamidah Osman berhubung isu tanah disensasikannya kebelakangan ini.

Berikutan ugutan itu TV3 Al-Musyrikin melaporkan, Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng. Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.



Gua ingatkan apalah yang gempak sangat sampai Kak Midah ni pergi lapor polis bagai mengadu diugut oleh pemimpin DAP. Ingatkan mungkin pemimpin DAP nak bunuh dia ke, nak potong tangan dia atau sekurang-kurangnya mengancam nak cederakan kambeng dia.

Rupa-rupanya korang tengoklah sendiri video di bawah ini dengar sendiri daripada mulut si Kak Midah tu.


Rupa-rupanya pemimpin DAP nak saman dia kerana membuat fitnah, dia pulak gelabah lebih pergi buat report polis. Gua tak tahu sama ada polis ada ke kuasa nak tangkap pemimpin DAP yang nak saman fitnah terhadap Kak Midah ni?

Eloklah DAP saman di mahkamah Kak Midah oi, di mahkamah tempat menentukan kebenaran bukan di televisyen dan media-media kongkongan United Malays No Otak, Umno. Kalau Kak Midah punya bukti semuanya betul bukan fitnah buat apa nak takut?

Semua dokumen dan video yang Kak Midah cakap tu dokumen betul atau dokumen sekadar nak buat persepsi untuk bohong rakyat sebab pilihanraya dah dekat? Gua tak kata Midah ni bohong, tapi kalau betul bawalah ke mahkamah.

Woi Midah! Kau report polis tu buat apa? Kah kah kah...

RentaP© "Mana ada law boleh tangkap orang nak saman fitnah kah kah kah..."


Peringatan penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.

Hasut rakan-rakan, sahabat handai, keluarga, sanak saudara dan kenalan!
Kita jumpa di Himpunan Paling Besar dalam sejarah Malaysia!
Bapak segala Perhimpunan! Bapak segala bantahan!

3 Comments

  1. Nak cari publisiti gamaknya ala ala artis gitu.. Pilihanraya raya dah dekat hatta takut org kg x kenal nama sb cume tahu nama mak jemah.. Maka kak midah buat la iklan kat tb3 tue.. Maafkan la dia sb bijak tp x bijak benaunya.. Gud try..

    ReplyDelete
  2. Mmg gmpak bro..JIRAT trbesr d dunia 10ribu ekar.

    ReplyDelete
  3. Bangang jugak .... Midah buat lapuran polis kerana khuatirkan keselamatannya, bukan nak suruh tangkap orang yg dapat tanah Kelantan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan