Rakyat Malaysia tolak budaya politik samseng Umno

SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak.

Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak  telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. 

Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam.

Saya sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan. Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan.

Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasa-dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

 

YB Amirudin Shari
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor
Timbalan Ketua Cabang
KEADILAN  Gombak


Sent from my BlackBerry®

Post a Comment

30 Comments

  1. Mesti yg tikam tu mmg samseng, mungkin diorg diupah oleh org tertentu atau mmg beruk samseng..aku rasa samseng nih yg pijak2 atas keta polis dan yg terbalikan keta polis dan yg terajang motor polis masa 'bersih' dulu..mesti org yang sama punyalh, polis cepat ambil tindakan..jgn nanti2..

    ReplyDelete
  2. Samseng lawan tokey agaknya , samseng mabok yang baju kuning tu , tokey tu pulak munkir janji , itu yang samseng naik hantu dekat ceramah pakatan dekat gombak itu .....he he he , kena sakat lagi pakatan rakyat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih..kih..sudah2 lh korg ni asyik sakat diorg je..kesian tau..

      Delete
  3. Contoh tamadun' tinggi' org umno... perangai x macam manusia

    ReplyDelete
  4. Biasalah...puak2 silat ni..kesian..dengan sama melayu berani lah ko megat and geng..


    ReplyDelete
  5. Asyik asyik nak salahkan umno , ahli umno baik tau tak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3 ahli umno baik apee...
      baik berambos dri brbuat onar stiap kali ceramah PR!
      chit!
      Kalau bukan slahkn umno nk salahkan mca atau mic ke? Yg buat kecoh tu budak2 mlayu! kepalanya anak sorg mahaguru silat bukan anak sifu kungfu atau ahli kalaripayat!
      kalau bukan spesis Umat Melayu Naif Otak nys

      Delete
    2. ...kalau bukan spesis Umat Melayu Naif Otak nya yg buat kerja mengarut tu, tkde la kelapa mlyang kna kepala!

      Delete
    3. Geng silat Kg Pinang sebatang la tu.

      Delete
  6. Kau belajarlah silat pulot osama , kau tunjokkan dekat budak budak umno itu , baru anak jantan .....kih kih kih

    ReplyDelete
  7. lembu mana tau sllat... Tau mengawan jek ...lolz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang silat tu utk sukan olahraga bolehla.

      Delete
  8. kalo dah rasa samseng dah perkasa sgt mai penang tu fight dgn Gerakan pasai gerakan duk x puas ati Lim Guan Eng lebihkan dana untuk kebajikan islam. mai cek mai tp bkn mai bt ramai tp tunjuk sat yg kata pjuang bngsa dan agama..p tibai puak2 gerakan.

    ReplyDelete
  9. hang melayu penang hang sendiri tibai lah sama itu gerarkan ! , itu pasal orang melayu disuroh bersatu , lu punya negeri lu tanggong sendiri lah !

    ReplyDelete
  10. Aku pun sedih tengok melayu pulau pinang , macam dah tak ada maruah diri lagi , aku pun tak tahu nak cakap apa lagi , dudok pulau pinang baru tahu !

    ReplyDelete
  11. Kalau melayu pulau pinang xdak maruah adalah kerana umno lah gak. Sapa yg p melacurkan tanah melayu kat pulau pinang dlm 50 tahun nie. 50 tahun melayu pulau pinang dok bersatu dlm umno apa yg ada????

    ReplyDelete
  12. Dap peritah penang melayu dapat apa ?

    ReplyDelete
  13. Kalau dikelantan pas memerintah kita dapat mursidul am aziz ... Tetapi kalau dipenang dap memerintah kita dapat khalifah lim guan eng ...hehehe

    ReplyDelete
  14. Sila rujuk pernyataan pengerusi barisan nasional pulau pinang saudara teng.. kerajaan pakatan pulau pinang menaikkan bantuan hal ehwal islam sebanyak 300% semenjak 2008. Pi cari paper2 berbahasa cina. Antara apa yg org islam pulau pinang dpt sejak pakatan/dap perintah.

    ReplyDelete
  15. Itu cuma gula gula dap sahaja , mudahnya kamu termakan budi !

    ReplyDelete
  16. abah ko gula2...dr umno cilaka tu.. peruntukan utk seklah agma rkyat pn xbg... tahik la umno

    ReplyDelete
  17. Kalu itu gula2 br1m tu apa? Nada sama saja dgn ketua pengerusi barisan nasional penang yg bukan muslim dan x puas hati bila org islam dpt bantuan. Umno yg dikatakan pejuang bangsa dan agama, bangsa apa? Agama apa?

    ReplyDelete
  18. Pm turon penang ! ramai ahli pkr isi borang umno , kih kih kih

    ReplyDelete
  19. Melayu Penang masih tak sedar jadi mainan DAP. Nasib mereka akan jadi macam Melayu Singapore kalau masih tak bersatu dan suara cucu cicit tak tenggelam dalam laut. Kesian sungguh nasib dia orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNGOK LAGI PENIPU BESAR..
      TIPU MELAYU, JUAL TANAH REZAB MELAYU
      KAYAKAN ANAK BINI DAN KRONI...
      SEDARLAH MELAYU...KALAU PR MEMERINTAH, YG TERJEJAS ADALAH UMNO DAN KRONINYA...

      AYUH, KITA UBAH!
      HUMBANKAN PEMIMPIN RASUAH DAN DILAKNAT NI...

      Delete
  20. Nak bersatu apa dlm umno dah 50 tahun lebih dok dlm umno melarat jugak. Yg cakap mcm xtau atau mmg kurang cerdik pasai masalah melayu penang

    ReplyDelete
  21. Lu nak tulis apa lu tulis lah. Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah. Gua empunya Blogg tak tanggung. He he he

    ReplyDelete
  22. NASI KICAP TELO NAJIB

    Bahan-bahan ( 2 orang )

    2 BIJI TELO NAJIB + mana2 telor tembelang pencacai UMNGOK

    kicap

    5biji cili padi..nak pedas tambah lagi..

    2 ulas bawang putih

    gula, garam

    air rebusan ayam.

    1 sudu sos tiram

    Cara-cara

    1. Tumbuk cilipadi, 1 ulas bawang putih, gula garam.

    2. tumis 1 ulas bawang putih sehigga sedikit garing ,masukkan air rebusan ayam, kicap dan sos tiram.

    3. Curahkan bahan2 tumbuk ke dalam tumisan td..sedia utk di hidang.

    ReplyDelete
  23. Kau makan saja nasi kicap itu , lepas makan jangan lupa isi borang umno , kelakar sungguh ...hehehe

    ReplyDelete
  24. politk ni macam macam ! semua nak keluar hujah masing masing , kelakar ada, sakit hati pun ada , pru 13 tak lama lagi , buat lah pilihan masing masing !

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda