Tuesday

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat


AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.



Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakkannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).



Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan syarikat perkapalan negara.

Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan empayarnya.

Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.

Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.

ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... "


Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

Bekas buruh paksa akan turut hadir bersama sejuta rakyat Malaysia!
Bapak segala Himpunan, Bapak Segala Bantahan!

11 comments

Kalau betul citer ni samalah kes nya dengan kes tabung memali..
Cicit Ibrahim..

Kalau betul cite memali tu saman je Pas. Saman sampai pas bankrap. Jgn jadi mcm najib takut je. Nk jawab dpn tv pun takut... Sorry ye cicit Ibrahim, hamba sekadar memberi pendapat.

tabong memali oh tabong memali . Pas kasi bola tanggong , tunggu masa umno libas , kita sama sama libas !

Kita tunggu masa nak titik pas ni , poin kita tengah banyak ! Simpan dulu nanti kita keluarkan .

' abang aji ' milo suam satu ! mulot aku rasa macam nak gatal pulak ni ! Kih kih kih

Kalau betul kes buruh paksa ni saman je kerajaan biar sampai bankrap.jgn jd mcm nuar takut je.Nk bersumpah pn takut apalagi nk bg jam omega..sorry ye anon datas saya cuma pulangkan blk je ayat awak kat atas tu..kih. .Kih..

Yup. Kalau betul Najib salah saman je. Jgn jd mcm ROSJIB nk berdebat pun takut je. Mintak bukti mcm 2 hal. Skg nk jawab ape?.. Mujur ada macai tegar umno. Sorry ye anon diatas sy cuma pulangkan blk ayat awak kat atas tu. Kih..kih..

KAK ROSMAH tolong buatkan milo suam satu... Abg JIB dahaga la. Kih kih kih

Aku pun tgh tggu ni.. kita simpan dulu ye!..nanti kita keluarkan.

Jgn bimbang bola itu bisa disambut oleh ROSMAH. Kekasih macai umno.

ROSJIB penipu besar. Bersumpah dgn nama Allah x kenal altantuya. Sekali pecah tembelang dgn deepak. Padan muka macai umngok. Inilah hukumannya bila ko bunuh org. Walaupun org yg ko bunuh tu kafir. Allah tetap akan membalasnya. Skg najib dah takut sampai Berbuih-buih mulut merayu macai tegarnya.


EmoticonEmoticon