Buku penglibatan Deepak dalam akaun bersumpah tersebar

SEPERTI yang dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga karpet Deepak Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan kepada media.

Buku 26 muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantunya” sebagai penulisnya.

Buku itu bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan banyak lagi.

Deepak sebelum ini berjanji akan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pelbagai pengalamannya dalam penarikkan akuan bersumpah Bala mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak baru-baru ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau ditipu Ketua Wanita Umno Selangor Senator Raja Datuk Ropiaah Abdullah berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.

Beliau juga turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam akaun bersumpah kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya pada tahun 2006.

PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa pembelian syarikat Deepak Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Boustead Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.

Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli Astacanggih pada harga RM30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai “rasuah” dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.

Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja.

Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.

Astacanggih bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam “kerjasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik.

Sehubungan itu, kerajaan PKR Selangor, melalui sau kenyataan berjanji akan menghalang urusan pertukaran nama tanah tersebut.

Buku yang diedarkan hari turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.” ~ The Malaysian Insider


ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena? Kah kah kah... "

11 Comments

  1. HAHAHA KALU BUKU TU HANYA NAMA SAMARAN DA TENTULH BUKU HIKAYAT ATAU BUKU GEOGRAFI TING. 3.,aku tabik pd buku c.n al afghani, xd lnsung nama smran d buku 2...brani FIRE utk mngakkn keadilan...korg da bc blum buku 2? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku beli buku Rosmah si rambut kembang.. best wooo.. terharu aku, rasa nk menitis airmata sebab terlalu sayang aku pada Rosmah wanita solehah terakhir tu.

      Delete
  2. Buku kafirkah aku itu ke , rasa rasa nak beli juga !

    ReplyDelete
  3. Buku c.n al afghani itu kalau saya dapat beli , saya sanggop ambil cuti kerja 1 hari untok membacanya , kerana apa ? Kerana keturunan saya telah dikafirkan oleh puak puak pas ! bisanya sampai sekarang masih terasa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu bro. Puak2 tu bab nk kafirkan org kot pandai. Heee.. ......

      Delete
    2. Inilah contoh pembaca tegar utusan. Sampai ke tua terus percaya dgn fitnah utusan pasal "amanat hadi".

      Delete
  4. jangan mudah kafirkan seterumu . takot takot nanti tersunkur dipintu syurga , kalau cakap banyak payah pulak jadinya nanti !

    ReplyDelete
  5. Pencacai UMNO dah buat serangan dengan bagi komen-komen bodo pulak dalam blog-blog Pro-Pakatan. Bagus jugak tu, ingatkan orang sokong Pakatan je yang baca blog pro-pembangkang ni, rupanya orang BN pun ramai baca. Alhamdulillah, bertambah rezeki moderator blog ni, rating blog ni pun makin naik hasil lawatan sambil belajar penyokong BN @ pencacai. Tima kacih, kui kui kui.

    ReplyDelete
  6. Blog yang top sekarang ialah papa gomo dan blog gerakan anti pkr ! Kita orang nak singgah situ tetapi dah padat dengan komen ! terpaksa tumpang semangkok dengan blog milo suam !

    ReplyDelete
  7. Pencacai umno jgn la marah ye...nanti darah tinggi.Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Mana pencacai umno yg lain, tak nak backup ke?...Heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan