Warga asing bersenjata parang, pedang samurai cemari Konsert Tahun Baru BN

SEDANG kebanyakkan rakyat Selangor menghadiri program Islamik bersama Ustaz Azhar Idrus, Abby Abadi dan lain-lain di Dataran Shah Alam sempena ambang tahun baru, yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Barisan Nasional pula menganjurkan konsert tahun baru di iCity Shah Alam.

Malangnya, Konsert Ambang Tahun Baru, Karnival Sayangi Selangor di I-City anjuran Barisan Nasional itu dipenuhi dengan ramai warga asing yang ingin berhibur sambil menyambut tahun baru 2013.

Lebih malang lagi, ada segelintir warga asing yang turut membuat kecoh dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai. Bagaimanapun pihak polis berjaya menahan mereka termasuk seorang rakyat tempatan.

Lihat laporan Kosmo di bawah ini, oleh kerana nak "cover line" tidak disebut konsert itu sebagai anjuran BN, almaklumlah, Kosmo adalah anak syarikat Utusan Malaysia milik Umno ~ Kosmo.



Warga asing ni bila ramai mereka memang berani buat kecoh. Mana tak berani, ramai warga asing yang hadir Konsert Ambang Tahun Baru itu, bila puak mereka sudah ramai besarlah kepala mereka.

Apa pun ini pengajaran kepada Barisan Nasional, rakyat Selangor hari ini dahagakan pengisian rohani, dahagakan ilmu akhirat mereka mahukan perubahan di dalam menyambut tahun baru. Bukan dengan konsert seperti yang kamu sajikan sejak dahulu.

Di ambang tahun baru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sibuk dengan program Islamik, Barisan Nasional pula sibuk dengan konsert, akhirnya warga asing saja yang penuh kah kah kah...


ReJaM© "Nak tawan Selangor atau nak tawan warga asing? Kah kah kah... "

1 Comments

  1. Memglh kami syg selangor sbb tu kami undi pr

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan