Friday

Mitos Si Kaya dan Si Miskin



“ Mereka miskin kerana mereka pemalas”

“Ayah dia Tan Sri”

“Dia kenal orang dalam”

“Aku boleh berdiri seperti sekarang kerana usaha kuat aku selama ini”

Luahan-luahan ini biasa didengari dalam ‘borak kedai kopi’, setiap kali topik kaya dan miskin dibincangkan. Ramai pantas menyamakan isu jurang pendapatan yang tidak sama rata sebagai isu kebajikan atau sosialis. Ini berlaku di mana-mana, sedihnya termasuklah golongan ‘kelas menengah’ Malaysia, yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya penerima pendapatan dan pemilik kekayaan dalam kelompok teratas. Isi rumah yang memperolehi RM 10,000 ke atas sebulan sudah pun cukup meletakkan mereka dalam golongan 4% paling elit di Malaysia. Hakikatnya, ketika suara-suara kepartian terus menerus membincangkan wacana ketidaksamarataan bernada perkauman, Malaysia tanpa disedari telah bergerak ke dalam kancah peperangan baru, yang berkaitan dengan ketidaksamarataan di antara orang-orang sekaum, iaitu perang perbedaan kelas dan tingkat pendapatan.

Sering dihujahkan bahawa orang miskin dan berpendapatan rendah wujud disebabkan mereka malas, tidak bekerja keras dan sering mengharapkan bantuan. Ini tidak benar. Ramai yang tidak bernasib baik, dilahirkan dalam keluarga yang kurang pendidikan dan kurang kemahiran untuk melepaskan diri daripada cengkaman kemiskinan. Ada yang dilahirkan dengan kecacatan ataupun penyakit kekal, manakala ada yang hidup di kawasan yang sering ditimpa musibah dan merbahaya.

Di satu wajah kehidupan lain pula, kita melihat ahli-ahli perniagaan tidak berkompetensi yang dianak angkatkan oleh “ayahanda-ayahanda” politik, pewaris-pewaris kekayaan dan estet keluarga, serta individu yang bernasib baik ditempatkan dalam industri mewah dengan pulangan lumayan. Kemalasan di sini tidak lagi menjadi isu. Orang kaya pun boleh jadi malas!

Ramai yang tidak berhak miskin, seperti mana juga ramai yang tidak layak menjadi kaya. Kes-kes di atas menggambarkan dengan jelas bahawa bukan semua kemiskinan ialah hasil daripada keengganan untuk bekerja keras, dan bukan semua kekayaan disebabkan oleh usaha dan penat lelah. Maka, perjuangan menentang ketidaksamarataan sebenarnya ialah perjuangan untuk menyamaratakan peluang bagi menghasilkan lebih keseimbangan, dan bukannya untuk menghasilkan kesamarataan dengan campurtangan yang merencatkan. Ini bukanlah perjuangan menentang orang kaya, tetapi perjuangan untuk membantu orang miskin.

Ada Apa dengan Ketidaksamarataan?

Ketidaksamarataan itu realiti, tidak kisahlah sejauh mana kita percaya dengan pekali GINI sebagai pengukurnya. Malah, perhatian kepada ketidaksamarataan banyak digerakkan oleh kesan ketidaksamarataan itu sendiri yang sudah menunjukkan taringnya, dan bukannya kebangkitan untuk mengelaknya.

Kita boleh melihat kesan ketidaksamarataan kepada masyarakat; seperti ketidaksamarataan kuasa, kesan kepada kadar peningkatan gaji, kesan kepada pertumbuhan, jenayah dan kualiti kehidupan secara amnya. Selagi mana jurang pendapatan dan ketidaksamarataan kekayaan kekal luas, dan pelaburan institusi awam dalam pendidikan, latihan, kebajikan kanak-kanak dan kemudahan awam terus berkurangan, cukai yang progresif dan tindakan afirmatif dalam bentuk tulen dan mengekalkan cita-cita murninya, wajar diberi ruang dalam pembentukan dasar dan polisi institusi awam. Keperluan golongan kaya dalam masyarakat yang berkongsi tanggungjawab membantu golongan miskin cukup kritikal; sebenarnya demi kepentingan mereka juga, kerana kesan-kesan negatif ketidaksamarataan yang tinggi akan dirasai oleh semua.

Salah Anggapan tentang Pasaran Bebas

Dalam mana-mana wacana ketidaksamarataan kekayaan dan kemiskinan, isu ‘pasaran bebas’ tentu sekali akan diketengahkan. Ciri asas kepada pasaran bebas dapat digambarkan dengan konsep “Invisible Hand” yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi kurun ke-18, Adam Smith. Konsep ini berpegang bahawa harga, pengedaran barangan, perkhidmatan, buruh, modal, tanah dan kemahiran manusia ditentukan oleh kuasa pasaran, atau ‘tangan’ yang tidak boleh di lihat secara fizikal. Penyokong sistem ini selalunya menentang peningkatan campur tangan kerajaan seperti derma, cukai, subsidi dan faedah. Ringkasnya, mereka percaya yang hanya pasaran yang dibenarkan bergerak bebas yang akan mencapai keseimbangan secara, seterusnya mencapai produktiviti dan kekayaan untuk negara.

Pasaran mempunyai elemen keadilan yang tidak dapat dinafi; kerja keras akan membolehkan kita mendapat pendapatan yang tinggi, dan kemalasan akan dihukum dengan kesusahan. Pekerjaan, barang-barangan dan tahap gaji ditentukan secara ‘semulajadi’ seperti yang dimintakan oleh masyarakat, berdasarkan keperluan dan keupayaan mereka dan bukan berdasarkan pengagihan kerajaan, yang cukup terdedah dengan situasi terlebih atau terkurang.

Walaupun begitu, keadilan dalam pasaran tidak boleh terlalu diagungkan. Kuasa pasaran boleh menjadi ‘ganas tanpa belas ihsan’, seperti yang dikatakan oleh Jeffrey Sachs. Kewujudan ruang kegagalan dalam pasaran tidak boleh dinafikan sama sekali kerana bukan semua manusia bermula daripada asas yang sama. Dalam sistem yang sama, titik permulaan seperti harta, peluang atau kesihatan fizikal berbeza antara satu sama lain. Ketika ada yang dapat keluar daripada kepompong pendapatan rendah dan berjaya, hasil daripada peluang keemasan, ada juga yang terus kekal terhimpit dalam kitaran ganas ini. Hakikatnya, bukan semua mendapat peluang keemasan.

Antagonis Percukaian

Antara penyokong tegar pasaran bebas ialah libertarian di mana etika asas mereka ialah kebebasan. Mereka mendukung idea bahawa hasil ekonomi terbaik hanya akan muncul apabila setiap individu dibiarkan bebas untuk bertindak dan hidup tanpa ada pihak berkuasa yang menetapkan aktiviti ekonomi mereka. Individu tidak perlu dan tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, selain daripada menghormati kebebasan dan hak milik orang lain. Tanggungjawab kerajaan hanyalah untuk melaksanakan undang-undang dan mengekalkan keamanan bagi melindungi hak milik peribadi. Malah, pendukung libertarian yang ekstrem berpendapat bahawa tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan membina prasarana, jalan atau lebuhraya; itu semua perlu ditentukan oleh kuasa pasaran kerana keperluannya sahaja sudah cukup untuk memastikan ada dalam pasaran yang akan membinanya.

Libertarian ialah ‘Antagonis Percukaian’. Antara banyak-banyak campurtangan kerajaan, libertarian menentang kerajaan yang mempromosikan keadilan dan kecekapan menerusi sistem percukaian. Cukai dianggap satu bentuk peras ugut oleh kerajaan yang menghapuskan motivasi mereka yang berkerja kuat, dan berpotensi untuk memberi ganjaran kepada yang tidak berusaha.

Tuntasnya, pendukung libertarian berpegang kepada pasaran bebas sebagai satu-satunya cara untuk mengagihkan ekonomi secara demokratik; kebebasan gaya libertarian ialah penyelamat demokrasi dan penjamin kemakmuran. Oleh itu, usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin juga menjadi isu yang dibantah oleh kelompok libertarian.

Libertarian di Malaysia

Banyak pihak gemar meremehkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), tetapi kejayaan dasar ini hampir menghapuskan kemiskinan tidak dapat dinafikan; kejadian kemiskinan telah berkurang dari 50% pada 1970 kepada 3.8% kini. Golongan yang dahulunya miskin, kini membentuk kelas menengah dan profesional Malaysia.

Malangnya, tidak ada apa yang boleh dibanggakan daripada DEB selepas pertengahan tahun 90-an. Korupsi, ketirisan dan kepincangan integriti yang diperlihatkan dalam sistem kerajaan telah memburukkan lagi situasi. Mungkin kekecewaan terhadap institusi kerajaan inilah yang menyuburkan ideologi libertarian di Malaysia.

Adakah Libertarianism untuk Malaysia? Kita boleh mula mencari jawapannya dengan kembali kepada persoalan keperluan mewujudkan kerajaan. Ada persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan awam. Kita juga tidak memerlukan lebih daripada satu pasukan polis, bomba atau mahkamah undang-undang yang bersaing antara satu sama lain. Tanpa kerajaan, siapakah yang akan mengendalikan masalah alam sekitar, meregulasikan kebejatan moral, memastikan individu tidak mencederakan satu sama lain, dan melindungi kedaulatan rakyat Malaysia? Mengurangkan peranan sosok kerajaan mungkin boleh dipertimbangkan, tetapi menghapuskannya sama sekali boleh membawakan kemudaratan yang sukar dibayangkan.

Seterusnya kita tiba kepada isu kemiskinan pula. Niat baik libertarian yang terpuji yakni memberi ganjaran kepada usaha keras dan mengurangkan pengaruh kerajaan yang korup, sebenarnya turut membuka ruang yang terlalu luas kepada kesinambungan kekayaan bagi yang sudah kaya dan kitaran kemiskinan yang semakin ganas. Seperti yang dihujahkan, setiap manusia bermula dari latarbelakang yang berbeza. Yang kaya terus berada dalam kedudukan yang membenarkan mereka meluaskan empayar kekayaan mereka- malah mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka diberi peluang dan dibenarkan berbuat demikian! Lebih teruk lagi jika kekayaan datang dari pemerolehan dan penggarapan kekayaan yang sedia ada, dan bukannya lahir dari perekaan kekayaan yang baru dan nilai tambah yang baru; lantas seterusnya meningkatkan saiz ekonomi.

Akhirnya, kuasa akan berada dalam genggaman sektor korporat dan golongan kaya, lantas memberikan mereka kuasa mempengaruhi dasar awam secara signifikan, bertentangan dengan hasrat murni asal ‘demokrasi’ libertarian tadi. Ahli lembaga pengarah dan ketua syarikat tidak dapat dipilih oleh rakyat, seperti kerajaan yang terlantik. Ketakutan libertarian terhadap negara sosialis yang akan menuju ke arah fasism sebenarnya juga boleh berlaku dalam pasaran bebas yang menyamar sebagai sektor korporat. Kegagalan pasaran bebas kemudiannya akan menjadi persoalan kegagalan politik, dan bukan sahaja persoalan kegagalan ekonomi!

Sekarang cuba bayangkan ‘pasaran bebas’ ini di Malaysia, dengan tahap ketidaksamarataan antara tertinggi di Asia (menurut ukuran GINI). Golongan miskin yang tidak berdaya akan terus ketinggalan dalam kuasa pasaran berbanding golongan kaya. Di sinilah keadaan di mana hasrat murni kebebasan ekonomi yang tulen seperti yang dicadangkan oleh libertarian tidak mampu menjanakan hasil yang diidamkan pada asalnya.

Manifesto Pakatan Rakyat: Manisfesto Yang Tepat Pada Masanya

Apapun pandangan politik kita, wajar kita bersetuju sedikit sebanyak dengan Manisfesto Pakatan Rakyat. Bagi menyelesaikan isu-isu asas ekonomi, empat teras utamanya selari dengan isu yang dihadapi oleh rakyat; yakni kebebasan rakyat, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat. Di Malaysia, statistik rasmi kemiskinan yang diterbitkan mungkin kelihatan rendah, tetapi secara relatifnya, ramai rakyat (terutamanya golongan miskin urban) boleh dikira miskin. Harga rumah yang meningkat dan taraf hidup yang semakin melonjak tinggi tidak selari dengan peningkatan gaji mengakibatkan rakyat biasa terhimpit dengan bebanan hutang yang banyak dan generasi-generasi yang terlahir mempunyai tahap produktiviti yang rendah disebabkan oleh kemahiran pendidikan yang terhad.

Bagi kerajaan untuk terus relevan dalam menahan serangan libertarian, campurtangan kerajaan perlu bersifat taktikal, dan bukannya haru biru mengikut keperluan meraih undi. Sekiranya pendirian kerajaan ialah pro-bisnes, ia perlu disandarkan bersama dengan jaringan keselamatan sosial untuk melibatkan isi rumah berpendapatan rendah dalam pencarian kekayaan dan pertumbuhan. Jika fokusnya ialah rakyat, perhatian perlu diberikan bagi memastikan kehendak perniagaan tidak dilupakan. Aspirasi begini mustahil untuk dicapai tanpa dasar seperti yang dicadangkan oleh Manifesto PR; peluasan peluang pendidikan (dengan memberi pendidikan tinggi percuma), pengurangan kos sara hidup (utiliti dan tol), subsidi terpilih, dan penekanan soal gaji dan pendapatan yang pada masa kini ditekan di tahap rendah oleh kerana kemasukan besar-besaran pekerja asing.

Kita belum melihat janji manifesto Barisan Nasional, tetapi sebagai permulaan, manifesto itu perlulah lebih diperincikan berbanding Manifesto 2008 yang umumnya berbunyi; ‘berjanji akan memacu ekonomi ke arah perkembangan’. Hakikatnya, memacukan ekonomi memanglah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan!

Membangunkan Golongan Miskin: Menyamaratakan Padang Persaingan

Artikel ini bukan menyarankan kemunculan Robin Hood zaman moden, merompak golongan kaya yang bekerja keras dan memberikan harta mereka kepada yang miskin. Golongan kaya boleh memberikan bantuan dengan mengendong sedikit tanggungjawab untuk menaikkan tahap pendidikan, kesihatan dan kadar produktiviti golongan miskin. Bayangkan perbezaan sebuah komuniti yang mempunyai seorang hartawan bernilai RM40 bilion dan golongan miskin yang ramai, dengan sebuah komuniti yang mempunyai 400 isi rumah bernilai RM10 milion setiap satu. Sejauh mana kita tidak suka membayar cukai sekalipun, kita menerima kesahihannya selagi mana ia dijadikan undang-undang dan digunakan sebaiknya.

Hal ini juga tidak bermakna golongan miskin boleh goyang kaki. Peluang sudah diberikan, dan tiba masanya mereka menggunakannya. Ideanya ialah kek ekonomi yang lebih besar dan mewujudkan dan melahirkan nilai-nilai baru, yang Malaysia tidak dapat nikmati sekarang kerana golongan miskin yang berpotensi menghasilkannya tidak diberi peluang.

Dengan mengambil kira semua perkara ini, di manakah kedudukan libertarianism, cukai untuk golongan kaya dan perniagaan, dan pasaran bebas? Adakah peningkatan peranan kerajaan semestinya wenatijahkan korupsi? Negara kebajikan di rantau Skandinavia mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dalam Index Pembangunan Manusia (HDI). Pada masa yang sama, negara-negara terbabit adalah antara negara yang paling seimbang dengan tadbir urus dan kawalan terhadap korupsi terbaik, walaupun mempunyai saiz kerajaan yang lebih besar.

Kesudahannya, ekonomi yang sihat ialah ekonomi campuran, di mana kerajaan dan kuasa pasaran memainkan peranan masing-masing. Nisbah yang tepat memang terus menjadi tanda tanya; tetapi permulaan yang baik adalah dengan berhenti daripada terus-menerus menidakkan realiti ketidaksamarataan. Ketidaksamarataan bukanlah sekadar hobi para aktivis anti-kapitalis yang cemburu dengan sektor korporat dan golongan cendikiawan ekonomi pembangunan yang sibuk mencari isu sensasi untuk penyelidikan mereka.

Benar, campurtangan kerajaan pelbagai bentuk dan saiznya mungkin mampu merencatkan kemampuan, tetapi kefahaman ‘orang miskin malas dan orang kaya rajin’ itu hanyalah satu mitos. Ke arah Malaysia yang lebih baik, kita tiada pilihan selain untuk terus meningkatkan produktiviti dengan suatu fokus yang baru; iaitu penglibatan semua golongan dalam semua kelas dan tingkat ekonomi.

Jika tidak, Malaysia akan terinjak-injak bergerak ke hadapan, dengan membawa bersama bebanan kesan dasar-dasar awam yang silam.

‘Negarawan ialah mereka yang berfikir untuk generasi masa hadapan, manakala ahli politik pula ialah mereka yang hanya berfikir tentang pilihanraya akan datang’- Abraham Lincoln

Sumber: TMI

30 comments

Takde satu negara smue org kaya n xd negara smue org miskin...dr zaman firaun smpai le ni kaya n miskin dok satu negara..nk kaya keje kuat skit nk miskin dok kdai kopi smbil tolak dam aji.

Aik mana pergi nya isu email tadi.. dah dilubang jambankan ke.. pundeklah lu wei.. memang bloger jamban lah wey...

Ada aku kesah!!!! Mana nak kaya dok jadi pencacai lobang taik..

Aku rase lobang jamban kalu wat cermin muke ok gk ek..mulut sengeh jer mase sikat rambut

Jangan.. lobang jamban analpig yang punya.. kalau di buat cermin analpig dah tak ada kerja.. biar analpig sama didi kotey belut je yang buat cermin muka..

Setuju...

org umenong ni tgk bahasa tau dah iQ taraf mna..ayt lucah 24H non stop..xde modal jgn la wat meniaga...nti lingkup....lain le jib n mah support...kesian..mesti xphm ape yg si milosuam ni cuba smpkan....ade otak xnak guna....sume spesis umenong ni.....huhuhu...sedih2.....

umnongok taik palat mak semah. umnongok taik palat nazak. kuikuikuimui muuuuuaaahkak kak.

Orang pkr memang cerdik , cerdik menipulah , nenek aku pun dia nak nipu , tiada undi untok mu pkr , tak munkin , cukoplah sekali , asyik kerenah pkr sahaja !

KISAH EMAIL TADI MANA MILO ? KATA NAK ULAS ISU EMAIL TADI , PONDAN PUNYA BLOG LU , SAPA SAPA BOLEH ULAS ISU EMAIL TADI DIPERSILAKAN !

Anarkin skywalker delete 22 March 2013 at 23:56

Waaa...dendam giler kt anarkin ye cai...lek laa...barang yg lepas jgn dikenang...look foward bro...touching pulak lu 23 eko nih...lek aaa..

aku kalau tunjok buntot dekat anwar , anwar mesti stim punya ! tapi nak buat apa ! nabi tak mengaku umat , kalau mati tak diterima bumi ! / pelajar jambu

aku bniaga. tak ada kenalan kroni dr parti pr atau bn. tapi ttp maju sbbnya aku pandai menjalinkan hubungan kemesraan dgn costumer. tiada kaitan dgn parti. aku tgk cina n india bniaga. dorang layan customer sgt baik. perniagaan pun maju. tak sebok pun kerajaan ke parti ke nak bantu. lihatlah dgn mata dan matahati. nak kaya kena usaha. Tuhan maha adil, Dia akan beri mengikut usaha yg kita lakukan.

Setuju..sesetengah dari kita susah kerana tak nk berusaha, tetapi bila orang lain berusaha senang skit di kondem plak sentiasa salahkan keadaan/orang lain..
Kena asingkan antara kerja dgn ideologi politik..

Ingatkan ulasan berjela2 ilham milo sendiri...rupa2nya copy paste patutlh sopan sikit ayat ulasan ni kih..kih..

Hahaha,puak2 bn ni manja sket anarkin

Lorh,mu ni ape kes?pergi la jumpe gomo,dia taw la nak bwat cmane

lan todak0122218747 delete 25 March 2013 at 19:45

Gua taiko selayang..sape berani?? Gua belasah

anarkin skywalker delete 26 March 2013 at 03:45

nko berniaga??bagusla?maju dan berjaya?alhamdulillah...tapi cemana org lain??yg dinafikan haknya?? faham istilah rundinga terus a.k.a direct nego??org2 yg berkelayakan dari segi skill,xperince,financial effort dan rekod yg baik dinafikan??..ini bukan cerita pasal diri kamu...ini cerita melibatkan org2 lain,yg xbernasib baik spt kamu kerana proses yg tidak adil dan telus,karenah birokrasi n politik kepentingan...???nak asingkan kerja dgn politik? boleh !selagimana kite x menjadi mangsa percaturan politik...tetapi seandainya berlaku,kite dgn tanpa sedar mula berbicara soal politik sptmana yg kamu kt atas ni masuk kesini dan memperlihakan secara halus kecenderungan kamu kpd satu bahagian politik...seandainya kamu berjaya atas usaha sendiri,aku pasti,kamu akan lbh suka fokus pd bisnes kamu dari menulis di blog ini,bukan?adakah kerana kamu meliha perkembangan mutakhir politik malaysia akhir ini akan menggugat kestabilan bisness kamu??tahniah...kerana sebnanya,kamu adlh sebahagiaan sistem politik di malaysia ini...

anarkin skywalker delete 26 March 2013 at 03:50

manja??..lcam poyo je..hahhaa

Bukak kedai makan, kedai tayar, kedai runcit pon kena kaitan politik ke? Isu sebenar ialah MALAS.

Tak payah kata pasal modal. Tak mampu bukak kedai yg modal 50000, bukak yg 500 ringgit. Contoh jual kuih atau repack kerepek.

Org malas je suka pertikai bila orang lain berjaya.

anarkin skywalker delete 27 March 2013 at 13:58

jauh tul komen nko smpi kat bwh...aku komen skit boleh..Xde org nk pertikaikan kejayaan seseorg selagi betul asas usaha die...tapi boleh gerenti ke semua yg berjaya tu atas asas usaha yg betul??xkan.!!...nk bekal kan baja subsidi pun tgk fahaman politik spt yg berlaku kat sesetengah tmpt(xsemua)...so kn faham..xseme org ade kemahiran berniaga tayar ke,kedai makan ke,kedai runcit ke...?malas mgkin sebahagiaan darinya...tapi yg paling penting peluang utk bermain di padang yg sama rata...

lam todak0122118747 delete 27 March 2013 at 23:33

Gua taiko selayang beb

anarkin skywalker delete 27 March 2013 at 23:43

taiko selayang lau mati tanam lam tanah gak kan???xd beza pun....lain la kot bakar lam insinerator...

Oi en ANWARkin, hanya orang yg tamak je akan guna alasan kroni nii.. Org yg dah biasa bribe org, pastu tiba2 tak dapat sbb asyik muka dia aje.. Mula lah meroyan kata campurtangan politik. Tapi masa dapat projek kerajaan dulu, sonyap macam tikus jatuh ke beras!! KALAU DAH KATA BENCI KERAJAAN, JGN CARI PROJEK DGN KERAJAAN LAH WEI!!! TAK MALU KE!!! Pergi minta projek dgn Khalid atau LGE aje.. Takpun, tolong bangunkan Kelantan tu for free! Banyak pahalanya.. Puak pembangkang dalam government pun sama. Benci kutuk kerajaan bagai nak rak. Tapi, minta naik gaji, minta biasiswa nak belajar bagai. Sebelum dalam, hasil kerajaan haram, bercampur hasil syubhah.. Tapi, bila bagi BRIM, kata "org bagi, ambil je lah! duit rakyat jugak"!!! Korang memang munafik lah.. Tak tahu bila nak sedar. Korang ingat tadbir negara ni, macam bela ayam dalam reban je ke? Takyah cakap org UMNO guna bahasa kasar lah.. Cermin diri korang jugak. It's just that, adakalanya bahasa yg baik tak berfungsi utk orang yg dah MENTAL BLOCK macam puak PR nih.. Penampo je makan dia!!

Cai UBN gak ni, sbb tu touching gila.

Aku adalah org PAS yg akan pangkah BN kali ni sebab aku benci PAS bersetongkol dgn puak PKR dan DAP..Apa yg mukminah ni cakap ada betulnya. Pemimpin dan pengikut PAS makin munafik bila bersama dgn LGE dan DSAI..aku rasa cukuplah.. Bila fikir2 pembangkang ni mmg dah macam anjing. Menggigit tangan yg melepaskan mereka dari tersepit. Aku pun ada dengar kisah zaman Nabi Sulaiman yg babi pun bersyukur menjadi babi, asaklan tak menjadi manusia yg tak tahu bersyukur! Manusia jenis ini, lebih hina dari babi rupanya.. Semuga kita semua diberi hidayah..

Rasa rasa pas banyak kalah kali ini , keluar pakatan rakyat satu pilihan bijak , orang tamak selalu rugi / tak ada parti

anarkin skywalker delete 3 April 2013 at 21:39

terpanggil lak nk komen....mukminah..1.sape bribe sape?sape yg meroyan xdapat projek kerajaan?yob pasior from perak ke??tau x mkne KAKITANGAN KERAJAAN MALAYSIA ?tang mane yg jadi kakitangan barisan nasional??tau x makne PERBENDAHARAAN NEGARA.?tang mane lak yg jadi perbendaharaan bn?gaji pm n menteri2 semua pakai duit BN ke??minta naik gaji ke minta biasiswa ke tak terhad pd kerajaan bn je??lau pr memerintah pun kitorg mintak bende yg same...sbb tu tggjwb pemerintah yg memegang kerajaan...pasal hasil syubhah ke?brim halal dan haram ke?tggungjawab org yg pandai hukum agama utk menegur dan menyedarkan...lau rakyat nk buat jgk,kurang2 die dah lepas dari dipersoal oleh ALLAH bile mati nanti.. korang ingat bn je la yg pandai perintah negara?org lain x pandai??kelantan dah ditadbir oleh pas da lame??xde lagi dgr rakyat diprg makan pasir??sabah n sarawak lame da bn pgg,negeri kaya ngan sumber,tp nk buat highway pun xreti??skang baru nko tau yg sbnarnye..nko ni dah tahap massive mental block...merapu pada fakta bodoh...

buat muslimah lak...xpayah nak munafik..dulu pas xbersama sesape pun nko tolak,inikan pulak skang... bersyukur hanya layak bg Allah..bn xlayak bro.l..sorilahhh....betulkan akidah nko tu...

cuba bg pr jd goverment. kta tengok dan nilaikan pk sendiri. yakin sgt rasanya pr is the best gov.


EmoticonEmoticon