Dakwat kekal tidak kekal: SAMM desak pilihanraya semula


Himpunan BERSIH sejak 2007 lagi telah menggesa penggunaan dakwat kekal, diikuti dua lagi siri himpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Malah himpunan KL112 yang menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun turut menekan supaya pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksana, ia termasuklah dalam konteks menuntut penggunaan dakwat kekal. 

Dakwat kekal hampir digunakan dalam PRU tahun 2008 namun diketepikan sejurus sebelum hari pengundian. Pelbagai pengorbanan, perlawanan antara rakyat dan penguasa pemerintah berlaku untuk tuntutan ini. Ada rakyat yang cedera, ada yang patah kaki, ada yang patah gigi. Malah ada yang mati terkorban dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil, termasuklah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah satu perjuangan rakyat.

Akhirnya perjuangan rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dalam konteks tuntutan dakwat kekal telah dipersetujui oleh SPR untuk digunakan dalam PRU-13. Ini kejayaan setelah tiga kali BERSIH. 

Mengapa penggunaan dakwat kekal dititik-beratkan supaya diguna dalam pilihanraya?

Dakwat kekal dituntut penggunaannya untuk memastikan tiada pengundian berganda berlaku. Pernah dicadangkan penggunaan sistem matrix, namun sistem tersebut menimbulkan lebih banyak komplikasi untuk dilaksana dan dakwat kekal tetap jadi pilihan.

Setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui oleh SPR, ini bermakna dakwat kekal tersebut haruslah berfungsi dengan baik, tahan (kekal di jari) sekurang-kurangnya 7 hari kerana Hari Mengundi Awal (yang menggantikan undi pos) adalah 5 hari sebelum hari pengundian awam.

Dakwat kekal seharusnya menjadi medium penting yang menjamin 278 ribu pengundi awal, tidak mengundi lagi. Dakwat kekal juga harus menjamin 11 juta pengundi yang mengundi pada 5 Mei, tidak mengundi untuk kali kedua. 

Dakwat kekal juga membolehkan kita mengesan warga asing yang jarinya dicalit, ini menunjukkan warga asing tersebut telah mengganggu demokrasi negara ini. Bayangkan, jika ditemui satu kilang yang penuh warga asing di mana jari mereka tercalit dakwat kekal.

Namun apabila dakwat kekal dikesan tidak kekal selepas hari pengundian awal, semua tertumpu kepada SPR. Sepatutnya dakwat kekal bertahan 7 hari, tetapi hanya dibasuh sabun cuci pinggan, dakwat hilang. Malah ada kes disapu pada rumput basah pun boleh tertanggal dakwatnya.

Apakah dakwat yang digunakan itu tidak berkualiti setelah jutaan RM digunakan? Atau ia disengajakan supaya pengundi awal 'terlepas' tapisan dakwat kekal.

SPR memberi alasan dakwat kekal itu perlu 'digoncang' terlebih dahulu untuk memastikan ia berkesan. Namun ia sudah terlambat apabila dakwat kekal tidak berkesan pada 30 April (hari mengundi awal), maka 278 ribu pengundi awal mampu 'transform' menjadi pengundi hantu. 

SPR juga kemudian menjelaskan 'fiasco' dakwat tidak kekal tidak perlu dilayan kerana kononnya setiap pengundi tidak mampu mengundi dua kali. Perakuan ini adalah sama ertinya dengan apa yang berlaku tahun 2008, penggunaan dakwat kekal terus dinafikan pada PRU 2013. 

Mengapa SPR meremehkan isu dakwat kekal? Ia tidak sepatutnya berlaku setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Tindakkan SPR tidak mengambil kisah perihal dakwat tidak kekal ini merupakan satu pengkhianatan dan penipuan dalam terang.

Harus diingat, ratusan ribu nama dalam senarai pengundi tidak dijumpai alamatnya kerana alamat tidak wujud, malah banyak kes yang dijumpai menunjukkan ratusan pengundi berkongsi alamat sama, dan alamat tidak lengkap. Di sinilah gunanya pengundi hantu, setiap nama yang tidak wujud itu perlu ada individu yang masuk ke saluran mengundi kononnya sebagai penama tersebut. 

Penama orang yang telah mati juga tidak dibersih dari senarai pengundi, maka pengundi hantu diperlukan juga di sini. Banyak kes daftar undi untuk pengundi baru berlaku secara rahsia, ia hanya diketahui apabila seseorang yang ingin daftar mengundi mendapati namanya telah didaftarkan, di sini juga pengundi hantu diperlukan.

Begitulah banyaknya implikasi yang boleh berlaku sekiranya dakwat kekal tidak digunakan, kerana itu juga penggunaan dakwat kekal dituntut dan kerana itu juga SPR telah bersetuju dakwat kekal digunakan dalam PRU-13, akhirnya dinafi. Penafian penggunaan dakwat kekal (dakwat yang benar-benar kekal) ini menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya yang terkotor dalam sejarah, yang akhirnya kemenangan Pakatan Rakyat itu dirampas oleh SPR dan Umno.

Justeru itu, oleh kerana SPR telah khianat janjinya untuk penggunaan dakwat kekal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan pilihanraya umum ke-13 harus dilakukan sekali lagi dengan dakwat yang mampu kekal 7 hari. SAMM mendesak keras pilihanraya semula mengambil tempat.

Seperti dijangka dari awal, SPR telah meluluskan beberapa tuntutan sebagai lakonan untuk beri laluan pilihanraya berlangsung. SPR juga telah menggunakan beberapa tuntutan BERSIH sebagai helah untuk lebih banyak penipuan disusun bagi mengekalkan regime Barisan Nasional. Antaranya ialah pemansuhan undi pos (diganti undi awal) dan juga penggunaan dakwat kekal yang akhirnya, tidak kekal.

Hari ini, akan berlaku himpunan besar 'Black505' di Stadium Kelana Jaya. Himpunan menifestasi kemarahan rakyat dan dijangka puluhan ribu akan hadir. SAMM beri jaminan, pasca himpunan 'Black505' bakal menyaksikan akan lebih ramai rakyat turun berhimpun. Sepertimana amaran yang telah dilaungkan, Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu! 

SAMM beri kata dua kepada kerajaan Najib dan konconya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sent from my BlackBerry 

88 Comments

  1. Ko dh bebas ke ? Alhamdulillah....hehe...

    ReplyDelete
  2. Ko bebas.. Masuk plak papagomo gan king.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Ko je bebas, bangsa melayu tak pun.

    ReplyDelete
  4. Lautan rakyat di stadium! (ke lautan penyokong PR?) jangan putar belit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyokong pr tu bukan rakyat ke? bodoh!

      Delete
    2. Penyokong PR & rakyat sama-sama bodoh!

      Delete
    3. Rakyat la..kita majority 51%...yg lg satu tu 46% tmsuk banglasia, nepalsia...malaysia 'apon pn sumer' boleh...

      Delete
    4. Ha ha ha!!!!!
      1. Pemilihan dap pun tak selesai lagi. Penuh kontrovesi. Guan eng tak berani nak buat semula.
      2. Pemilihan pkr pun banyak campur tangan. Ahli dok bising.
      3. Azmin pun cakap begitu.

      La!!!!! Parti sendiri pun teruk ada hati nak komplen orang lain.
      Cermin dulu la.

      Delete
    5. itu yg undi DAP datang dari Chinasia,s,porsia,taiwansia,viatnamsia,koreansia,japansia,dan banyak sia2 lagi sial tu ape citer.Dasar lu budak hingusan la.patut pon kedalam lebih baik dari meyosah melagakan org.

      Delete
  5. Penyokong pr bkn rakyat ke!??? Jgn jd bodoh la..g la blaja lg..syohh..syohhh..syohhh

    ReplyDelete
  6. Bagi macai...cuma penyokong umno dan bangla je rakyat Malaysia!! Kalau tk sokong umno dianggap PATI oleh macai..!!

    ReplyDelete
  7. Congrats to milo suam,terus siarkan lg brita2 berfakta,.coz ak ni bkn jnis kaki tgk brita kat tv, 1 haram pun x leh pakai

    ReplyDelete
  8. Aku pun..lantak la pembace berita dia bersumpah seratus kali ckp kami sediakan untuk anda berita yg tepat lg terkini..kepala bapak dia terkini!!!!

    ReplyDelete
  9. kalau ada pgundi hantu mcm mne pr boleh mng selesa kat selangor, penang, kelantan...?, adakah pr yg sbnrnya gunakan pengundi hantu..? Sbnrnya ini adalah taktik pembangkang utk mcari sbb kalau mereka kalah pru13 atas alasan pngundi hantu, dakwat kekal, ia mmg tlh di rencana kan lama sblum hari pengundian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan. Bila mereka menang tak timbul pulak cerita hantu ni....kalah je hantu....woi kaldai PR ini bukan kerja hantu la....ini kerja Tuhan.

      Delete
    2. Pemimpin umno lg teruk rupenye...siang2 dah ckp mengundi adalah hak stiap rakyat malaysia dan ia adalah rahsia..so ape hal pulak blh keluo statment APA LAGI CINA MAU...wei umno bn asal jd mcm tu..gila bayang ke...patut la, yg bangang2 je tggl dlm umno bn je lg..

      Delete
    3. Yang bengapnya awak sebab pola pengundian boleh dibandingkan dengan bilangan undi berbanding populasi dan kaum setempat.

      Delete
    4. Ko nak banding pola ke ape ke lantak ko la...tp bile masyarakat kaum cine di malaysia xundi umno bn,apa hak pemimpin kesayangan ko nk petikaikan hak ngundi mereka?????ko paham x ni??? Tp aku rase mcm ko pun xpaham jgk ni...g blaja lg la macai...lain yg tnye lain yg jwb..

      Delete
    5. Kalau pengundi hantu tak ada di Selangor pasti semua BN hilang deposit

      Delete
  10. Bro 1:52, pernah dgr PACABA? Macai mana tau benda2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok ramai orang Cina yang tak tahu berbahasa Melayu semasa PRU beratur untuk mengundi. Kemungkinan mereka ini juga pengundi hantu.

      Delete
    2. 1;06 betullah..guna sistem biometrik untuk
      elak pengundi guna ic org mati yg tak dilaporkan.

      Delete
  11. Kahkahkah! Perhimpunan rakyat yang terdiri dari penyokong Pakatan berhimpun di stadium, syok sendiri, dah kalah tu kalah lah, kau ingat rakyat Malaysia yang lain bodoh ke nak percaya ada berpuluh ribu bangla jadi pengundi hantu? Orang dalam stadium je yang percaya, akai tada.

    ReplyDelete
  12. Kena tipu idup2, kalo btol ada antu apasal agkat sumpah jd menteri bsor? Patut kensel jgn agkat sumpah dulu,muka xtau malu.

    ReplyDelete
  13. Nuor cakap ada tipu tapi penang dan kelantan dah angkat sumpah,ape cite ni? Nampak sgt la korang kena mainkan aje.

    ReplyDelete
  14. PACABA - PAKATAN CACAI BARUA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb pengaruh pacaba kuat la ko kena sogok dgn brim...dlu hado?

      Delete
  15. Negeri pakatan bangla xbrani masuk..negeri syaitan dikenali tadbir bkn stakat brani, siap ada ic skali..ae nak takut
    BARISAN HARAM JADAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ckp je. Buktikan. Jgn lembap mcm siput babi. Siput apa....? Siput babi. Siput apa....? Siputlah babi...!!!!!

      Delete
    2. Cube pr menang, spr bersih..huhu

      Delete
    3. Jika pr menang spr lah yg paaaaaaaaling telus di dunia ni.....org bodoh piang je yg percaya dakyah pngundi hantu ni.....bila kalah salahkan hantu....kang hantu bangkit dari kubur....mana ada hantu bangla...hantu jepun ada lah...kikikiki....

      Delete
    4. Letak tepi kes pengundi hantu..ko tgk kt jri telunjuk kiri..dakwat x kekal..tu mewakili integriti bdn yg dpertanggungjwb kan utk mewakili kebebasan rakyat utk memilih..pro pr atau bn..x kesah sapa mng atau kalah..letak tepi phman politik korang..pikir ms depan anak2..masih adakah kebebasan memilih..perjuangan hri ni utk kpentingan generasi masa depan..if korang x nk berusaha utk melindungi kpentingan anak cucu korang...jgn persoal perjuangan org len utk mnuntut kebebasan memilih..jus dok umah n lyn tv3 ja..

      Delete
    5. Jangan ingat ko seorang saja yg memperjuangkan kebenaran. Ada ramai lagi yang lebih rasional dan berfikir tentang pembangunan bangsa, agama dan negara.

      Masalahnya PR terutama Anwar tidak dapat menerima kekalahan sebab jawatan PM sudah ditentukan. Selagi ada ramai macai yang sanggup dihambakan untuk menjaga kepentingan dirinya selagi itu Anwar akan survive.

      Untuk jadi hamba suruhan Anwar, mereka dilarang membaca dan menerima berita yang boleh mengugat kedudukan pemimpin PR. Sebab itu macai PR percaya dengan fitnah dan pembohongan termasuk alasan yang remeh temeh.

      Sehingga kini pemimpin PR tidak berani mengemukakan bukti penyelewengan PRU dan gunakan macai buta tuli untuk fitnah. Bukti warga Bangla dibawa masuk dengan kapal terbang hanya helah untuk bodohkan orangramai.

      Delete
    6. Bukak minda la...org x mentioned pn anwar..kita ckp psl integriti spr..x yah bwak isu pengundi pon...tp isu dakwat so called kekal kt jari telunjuk ko..pmbgunan ngara?..muahaha..sbb tu urban area je tolak bn..rural area je yg still lg tggal kt la la land..msih dok bermimpi psl pmbgnan...lps nk dkt stgh abad merdeka...still ckp psl pmbgunan...wat the fish le..tolak politik taksub...

      Delete
    7. Yang taksubnya awak. Dakwat tu hanya prosedur tambahan selain dari pengesahan nama pengundi yang dipantau wakil parti di tempat mengundi.

      Delete
    8. Then knpa x kekal? Ape objektif letak dakwat kekal?

      Delete
    9. Perabih duit bejuta2 untuk buat prosedur tambahan...ape ke bangang punya statment!!!
      G blk la bace buku lg bagus....
      Kenyataan pengerusi spr"ada pegawai yg xgoncang botol dulu seblm dakwat dicalit pada jari"..pengerusi pun sengal jgk....bile tanya kami telah bersedia bersama para pegawai untuk menghadapi pru 13...sedia celah mane????macai tlg jawab!!!!!

      Delete
    10. Tax payer money tu..come on la..org pnt2 keje...tolak gaji bayo tax...at least rsa puas ati even kalah..bkn nk mngkan pr sgt...cuma rasa ralat..if I spend on something..msti la nk sumthig gud in return...

      Delete
    11. Tak faham betul aku yg macai meroyan pasal dakwat kekal ni.. Kesan nya yg akan kekal maksimum 7 hari lahh... Bukannya dakwat tersebut akan kekal sepertimana ianya mula dicalit ke tangan ko tu.. Kalau ko tengok, jari Anwar pun kekal beberapa hari kesan dakwat tu.. Yg korang macai nak kekal sampai 7 hari apa ke jadah rasionalnya? Bukannya ada lagi pilihanraya selepas kul 5 ptg pada 5/5/2013 tu. . Kira dah memadai le dakwat tu kekal sampai kul 5 ptg.. Apasal yg hilang tu tak cuba gi mengundi sekali lagi kalau betul nak prove daftar pengundi boleh dimanipulasikan..?

      Delete
  16. X jgn gaduh2 masing2 sapa kata betul sapa tipu tunggu mati je tau la nak jwb cam na Masa tu lawyer x leh hadhir di mahkamah Allah Jgn senda 2 belum Allah turunkan bala leh ckp la

    ReplyDelete
  17. Suruh laaa budak2 cina nyanyi lagu negaraku.. Tanya rukun negara.. 50% tak tahu.. Setakat belajar tinggi2.. Untuk tabur fitnah.. Tak payah.. Kerja ke? Gaji berapa? Kerja dengan siape? Calon kawasan mana? Calon N ke P? Atau dunia maya? PUAS KE? MILO SUAM BORAK KOSONG.. ANTI-FITNAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape guna pandai nyayi..bangga sgt dengan ko bangsa!!!30juzuk quran pun blm tentu hafal!!! Dey macha pegi nuntut ilmu lg la...kalo ckp xde fakta baik diam je..org bace komen ko ketaw..

      Delete
    2. Jgn jdi ketam lee.. ntah2 Ko satu juzuk pn x tauu.. pooraahh lee..

      Delete
    3. Hafal 30juz? Cite sikit bang? Ngaji mana? Kerja apa? Gaji berapa? Ngaji sampai mana? Khatam berapa kali? ANTI FITNAH.. Cerita lah kalau betul.. Nak kata hebat sgt kau tu.. Suruh org hafal 30juz.. Kalau org hafal 30juz x tabur fitnah bang.. KEMPEN ANTI FITNAH.. BORAK KOSONG..

      Delete
    4. Sebab tu la pemimpin ko asyik fitnah siang malam dlm tv.xckp 1 tv, tv 2 3 semua dia sebat..asal...sebab xhafal 30 juzuk...

      Delete
  18. Adik, dah potong bulu? Umur berape? Tak yah belagak nak jadi ahli parlimen kawasan.. Tengok tv1 pernah smp info niaga tak? Tengok tv3 buletin utama tengok bisness x? Kalau sorak macam pemain aku bangga laa.. Tapi sorak mcm penonton semua org boleh.. Adik potong bulu dulu laa.. MILO SUAM .. ANTI FITNAH..

    ReplyDelete
  19. Bila nuar nak besumpah kes liwat? Brkotak kes rasuah bila nk keluar? Jam omega mana? Dah lupa ka? Hahaha!

    ReplyDelete
  20. Fitnah dulu belum setel dah keluar fitnah baru, gemok makan fitnah puak pakatan ni, berat dosa.

    ReplyDelete
  21. Menang atau kalah semua urusan Allah...bukan sape sape samada hantu ke bangla ke rakyat malasia tulen ke...kalaupn spr tk telus dn umno main taktik kotor...kalau tidak diizinkn oleh yg maha berkuasa yakni Allah makanya benda tk trjadi...muhasabah kenapa kekalahan masih di pihak pr..mungkin ini ujian utk meliht sejauh mana kesabaran pr dn pnyokongnya...ataupn mungkin niat masih belum betul samada utk prjuangn islam atau utk prjuangan sndiri atau nk balas dendam...saya begitu yakin dan muslim tahu segala segala yg berlaku adalah ketentuan Allah dan dia lebih tahu apa yg terbaik utk hamba hambanya...kalau anda yakin anda benar maka mintalh prtolongn dari allah dan insyaallh kemenangn akn di pihk yg benar..

    ReplyDelete
  22. Mana dtg spr xtelus atau umno guna taktik kotor? Cuba kaji sumber dia, cari le sape yg kluarkan info tu..dah tentu dri puak korang sndiri yg gemar tabur fitnah, dasar tamak ala yahudi, org melayu dlm pakatan kena tipu hidup2, perjuangan korang skarang ada 2, prtama nk jadikan CINA dominan kat tanahair tumpah darah, kedua nak jdkan anuar PM, kenal tak sape anuaq yg sbenar-benarnya? tu je perjuangan korang sbenarnya, xde pun nk pjuangkan nasib msa depan korang, kena klentong idup-idup korang ni ngn cina dan anuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane ko tau semua ni??? Dah tentu puak2 umno bn ko yg jaja cite ni jgk kan..cube ko cari info...hahahaha...ko ckp kat budak pra skolah blh la dieorg caya...ko pun ade bau jgk ..hancing...pemimpin umno bn ko dah kencing ko jgk ni...

      Delete
  23. skrip ulangan... 16 sept nie de gi ahli palimen nk ompat parti.... hehehe..

    ReplyDelete
  24. MATA SEPET JUGAK ADA UNTUNG LAGI KAYA KUASA MAKIN KUAT, MALAYU TERUS GADO SAMPAI MATI, AKAL TADA MALAYU PAKATAN NI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yang ada akal punya pasal lah bagi dia segala nya bagi dia kerakyatan, lepas tu melalak

      Delete
    2. sok nuar ko tu.. nk melalak2 kt penang plak kt tmpt DIORG tu..tp ko klu nk pegi ko kna jd black metal.... kekeke..

      Delete
  25. Tp ramai yg percaya pncacai umno mmg kaki kencing...seluruhnya....tamak...menjunjung langit sampai ke mati...org2 umno je yg tak percaya yg umno parti kencing. ...

    ReplyDelete
  26. nuarrr..nuar..nuar.. x hbs2 ko nk jd kn mat bangla ni kambing itam ko..

    ReplyDelete
  27. Asmin dh ckap jngn perkudakan rakyat demi mencapai cita cita nak jadi pm .muhasabah diri lah teroma lah kekalahan .ini bukan umno yang cakap tp ain jambu anwae yang ckap

    ReplyDelete
  28. Sayacabar Milo Suam siarkan tweet azmin ali biar pecacai pr tau .sbb mereka cuma baca kt blig milo suam jer ada berani ker milo suam.apa yang azmin cakap dalam tweet beliau yang ditujukan pada anwar brahi .ader berani kerr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kapal xblh selam..hahahaha..sembang bong ba bong ba..mcm mane la lahad datu blh kene croboh..pak menteri duk umah main psp..hahahahah

      Delete
    2. Lari tajuk ko ni baghal mcm tuan ko gak

      Delete
    3. Fakta ni kawan...lari pun xjauh la..dr puak2 ko org..prong prang prong prang bagai..

      Delete
  29. Ada puak pr persoal integriti spr hanya isu kecik dakwat. Integriti disebut sebab apa? DAKWAT. Isu integriti patut disebut apabila bercakap tentang air mani dlm dubur org....cina doll. Jam omega....rasuah....ckp flip lop....tipu 16 sep. Dan mcm2 lg. Baru betul integriti dipersoal. Silalah betulkan integriti diri sendiri dahulu baru ckp psl integriti pihak lain. Dinasor T-Rex depan mata tak nampak tp kuman di seberang laut nampak. Bute ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brader..xkan integriti part yg beso2 je...ada level ke tahap setiap integriti????sbb tu ka umno bn rosak sampai ke usus..bende2 yg penting nmpak kecik blh ambik mudah....hahahahaha...xblh pakai la lu

      Delete
    2. yoo laa tu... bnde kecik tu pennnttinggggg.... sesangat smpai kt kelantan ngan penang depa dh pn angkat sumpah..

      Delete
    3. Ape kene mengene integriti dgn angkat sumpah abg...lu dah melalut jauh ni....

      Delete
    4. Klu x terima jngn terima semua lol penang .klantan .selangor teeima .tu yg fening ni

      Delete
    5. Anon 2.48....brader....woi brader...lu sembang gebang ape brader...gua tengah high ni. Lu sembang integriti ke brader....hah. Lu ckp spr xde integriti sbb dakwat tu ye...so tak blh pakai le spr? Lu punya anugerah tuhan yg lu nak dia jd piem tu blh pakai ke brader....itu ke simbol integriti lu brader....lu pi baca buku Pelan Integriti Nasional brader....fahamkan betul2 erti integriti brader. Lu bkn sj x blh pakai....tp lu memang tak guna brader. Dakwat lu bikin isu. Lu bayangkn klu org yg out integriti lu angkat jd piem....hancusssss negara brader....gua pun mat gian takut brader........muahahaha

      Delete
    6. Patut la..mat gian rupenye..ckp pun xbtl lg mau gebang ke....mat gian ckp mmg bestttt..tp ape pun tarakk..mcm lu punye pemimpin jgk..sblm tgk pokok, tgk akar dulu der..kalo akar rosak pokok pun xblh hidup lame..lu touch up mcm mane pun still same jgk..skrg ni cite pasal spr der..bkn anwar yg handle spr...lu mabuk g main jauhh2 la...macai ngn pemimpin umno bn same je..bagai isi dgn kuku..hahahaha

      Delete
    7. Lu pun x berintegriti brader sbb lu pun mcm pmimipin lu jg. Tempat pr menang lu suka. Lu kate spr ok. Tp di tempat kalah lu ckp spr x ok. Dakwat sama je brader....lu blm kena dah mabuk brader...kikikiki. Try lu minum dakwat tu brader....mgkn lu x maboook dah. Kikikikiki

      Delete
    8. Anon158..g mkn ubat dulu..tgk mcm xsehat je tu...sian dia..

      Delete
  30. Yang satu meroyan nak jadi MB sorng lagi meroyan nak jadi PM dua dua bengong..

    ReplyDelete
  31. SAYA ANTI FITNAH .....

    ReplyDelete
  32. Adun dan parlimen sama je dakwat diguna. Jari tu juga yg kena calit. Keputusan Adun terima plak. Dah angkat sumpah pun. pelik....Parlimen x terima plak. Ape ke bende ni bai....lu org vangang la bai. Klu x terima jgn terima semua bai....klu lu org gentlemen tolak semua la bai...yg menang pun tolak. Kosongkan kerusi tu...biar spr buat praya kecil. Ada verani bai....cakap je besarrrr.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut pemimpin umno hang je yg kecut..kedah perak pun menang majoriti mudah...pemimpin lu brani ke..hahahahaha...

      Delete
    2. Hang ni pun hang apa? Hang jebat ke hang apa....pmimpin umno terima kekalahan d tmpat yg kalah. Yg menang tipis pun terima jg. Majoriti mudah pun terima jg dgn terbuka utk muhasabah diri. Yg pelik pemimpin hang menang je terima tp d tempat kalah x terima. Kan pelik tu???? Sedangkan yg kendali spr jg. Podah cit la hang. Aku dah tau hang bkn hang jebat...bukan jg hang tuah....hang adalah butoh hang....wakakaka

      Delete
    3. Kempunan nak jadi pm tp x jadi tu yang meriyan sungguh tu......awat....lahh hang dh x dak rezeki niat dalan hati jerlah.mangkok oiiiii.

      Delete
  33. Usah ckp bsr bro hang, klau di adakan smula pru kt prak & kedah Silap2 bro hang & nuar gila kn jd lbh gila tau bnuh diri nti.. Sbb klau di adakan pru smula BN kn mdapat majoriti yg lbh bsar lg hasil skongan pengundi melayu/bumiputra, india kesan dari kputusn pru13 ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wat gika nnt penuh.kena tambah katil lah plak

      Delete
    2. Dasat tu...hebat la..buat la..ade teloq ke umno??? Hahahah

      Delete
    3. Tanya.bang non nak tambah kerusi kwr katil pasri dia jawab katillah....

      Delete
    4. laaaee..tuu jerr... leh jawab... mengong...

      Delete
  34. asalam semua,

    Dari kita bertekak memaki hamun carut mencarut apakata kita capai persetujuan bersama? Masalah paling besar yang dipertikaikan oleh PR ialah dakwat yg tak kekal. Dari pemerhatian aku yg pegi mengundi aritu mmg comfirm tak kekal tapi masih ada bekas juga skit walau dicuci sebaik mungkin. Dakwat betul2 clear lepas 3 hari gitu so apakata kita mansuhkan semua undi awal yg dijalankan oleh anggota keselamatan memandangkan kemungkinan untuk berlaku ulangan pengundian itu sangat tinggi setelah hilang dakwat dan menggunakan ic awam. Juga untuk membuang keraguan umum yang kononnya undi anggota keselamatan telah diubah,dirancang,dipaksa dll utk berpihak kepada BN.

    ReplyDelete
  35. EDY NOOR REDUAN
    Pengarah Propaganda
    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

    PROPAGANDA????? Biar betul ...... PROPAGANDA !!!

    ReplyDelete
  36. SPR patut buat semakan besar kemungkinanan cina2 luarnegara tak balik tapi post aje ic dan digunakan PRC pegi ngundi. Compare data SPR n kuar/masuk imigresen. Susah nak detect sebab species dorang ni lbh krg sama especially putih2 mata sepet. Lagi pun ada 900000 PRC overstay kat m'sia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan