Monday

Gagal Bendung Jenayah, Jangan Hina Penunggang Motorsikal


Kenyataan Umum

3 Jun 2013

Gagal Bendung Jenayah, Jangan Hina Penunggang Motorsikal

Cadangan Ketua Polis Negara kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan sederhana dan tidak mampu.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat kegagalan pihak polis membendung jenayah cuba diselimutkan dengan cadangan yang mengguris perasaan rakyat seolah-olah menunggang motosikal itu penyumbang jenayah. Sepatutnya ketua polis yang baru ini melahirkan cadangan bukan sekadar drastik, tetapi perlu realistik.

SAMM sebagai penggerak anak muda yang rata-ratanya terdiri daripada penunggang motosikal menolak cadangan 'bongkak' ketua polis negara dan menyifatkan ia sebagai cadangan 'bebal' yang prejudis terhadap penunggang motosikal.

Sedarkah wahai Khalid bahawa rakyat Malaysia memilih untuk menunggang motosikal kerana tidak mampu di atas kekangan ekonomi dan kos kehidupan yang jauh meningkat berbanding jumlah pendapatan. Kerana kesempitan hidup, motosikal menjadi pilihan walaupun statistik menunjukkan risiko kemalangan yang tinggi. Tidakkah pihak polis membuat kajian terlebih dahulu apakah cadangan ini memberi kesan terhadap penambahan jurang antara golongan elitis dan golongan sederhana miskin?

Banyak lagi cadangan yang harus diketengah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan anggota polis. Antara cadangan yang pernah dikemuka SAMM sendiri ialah, pemansuhan sektor polis istimewa atau 'special branch' yang dikenalpasti tidak menjaga keselamatan awam tetapi hanya memastikan pemerintah terus kekal memerintah. Polis khas berpakaian preman ini harus diletakkan dalam sektor jenayah yang kritikal dan dimanfaatkan sepenuhnya di atas setiap ringgit cukai rakyat yang dibayar kepada mereka.

Akhir sekali, sikap ketua polis negara yang melabel penunggang motosikal sebagai perompak dan penjenayah adalah keterlaluan. Khalid perlu sedar bahawa rompakkan besar pemimpin rakus pemerintah negara inilah yang menyebabkan lebih ramai rakyat menunggang motosikal.


Yaser Sheikh Abdul Rahman
Penyelaras Segmentasi Anak Muda dan Permotoran
SAMM Kebangsaan

19 comments

Harley davidson...indian....norton.....bsa.......ducati...aprillia......custom chopper.....honda cbr 1300cc.....yahama r1...kawasaki hayabusa.....menunggangnya sudah menjadi tidak seronok kalau anda di negaraku yang berlaksmanakan sikitul.....zon bebas perlabuhan kelang....zon keselamatan esscom...zon koridor selatan..barat timer dan utara....zon koridor raya multimedia....zon ziana zain...oppps...maafkan saya.....Melambatkan ketibaanmu jika anda menunggang...honda c50...c70....wave 125...dash 125....icon..yamaha ss...135 lc...ego sport...lc...novo.dsb.kerana anda dilabel penunggang zon penyamun dan penjenayah jika anda menunggannya di negaraku yang berlaksmanakan si kitul.......napoleon bonaparte sudah buat silap....kini little napoleon pulak mahu mencuba nasib......semak samun diblakang rumah dijadikan alasan untuk menyimpan motor baru sebab ini tempat selamat agar tak di pinjam pinjam motor kesayangan.....pokok bonsai yang satu ini bentuknya tak menarik...ditrim lagu mana pun tetap tak menarik...tidak mengujskan bila sesiapa memandangnya...seni perangnya seperti ingin berkisar kepada merampas kedai mamak saja stimnya.....heheheeehe.......udahlah....BERHENTIJELAH....SAYANAGI DUIT CUKAI ANDA.

Ekelehhh...ko pun x bayar cukai.sembang jer...merapu .balik makan ubat kencing manis bak kata nik abduh puak ko ni dh banyak makan gula

Selma nak salahkan kerajaan.nak bust baik pun nak komplain apa2 kerlah korang ni

Buta kayu tol korang ni nama nya pun zone .bkn satu bandar tu x boleh masuk ada tempat2nya yang kerap berlaku jenayah ragut jer.semua nak di jadikan isu.macam aes gak pun jadikan isu.cuma orang yang langgar undang2 jer yang takut tindakan polis.

Haraf2 bn buat petisyen tidak meniru kami pakatan fasal pengundi hantu or undi 2 kali or lampu padam or pengundi bangla.yer macam tiru manifasto bkn janji kami tu

Bab kata mahathir pulak kau ni bodoh, sebab umno dah lama tak bagi bijak pandai masuk.

And juga kata mahathir pulak umno ni setan yang korang dah kenal pun.

Bab kata zahid tak silap sebab umno pun bantah so boleh lah korang berampus dari Malaysia, kalau tak suka ngan politik Malaysia

Kalau mcm tu bank bnyk kena rompak bank pun kena ada zon la..n stiap bank tak boleh ada mesin atm kan...sbb bank pun punca kena rompak..hahhaha..betuk2 mentaliti kelas ke 3..pikir nk sng kan rakyat yg naik motorsikal tp lagi mnyusahkan..tp motor redwing zahid n the clip2 tak mungkin tak boleh masuk zon selamat kalau tak nanti pegi pindah negara lain....SYED HUDSON

Puak ni banyak penyakit mental dan kencing manis

Korg banyak cakap.cuba bg idea atau bekerjasama dgn pihak polis agar jenayah dpt dibendung.jgn cakap yg bukan2.sumbangan idea mgkin dpt membantu polis.tuduh sana sini x dpt menyelesaikan masalah.

Maaf ckap lah bro puak depa ni mana ada idea yang bernas.yang dia tau melalak jer...menyalahkan orang lain.keja dpa dulu kini dan selamanya bangkang dari longkang

Btul btul btul...dalam pakatan macam macam ada........!!!!!!!

Aku gelak masa pergi buat report eksiden kat satu balai polis dua minggu lepas.. Punyalah ramai buat report polis pasal dakwat kekal.. Aku tanya, diaorg kata dpt arahan dr org atasan PR through sms.. Budak tu ingat aku PR kot.. Dgn nerbesar hati forward kat aku sms tu dan minta aku buat report juga. Bila aku tgok sms tu.. Gelihatipun ada. Siap bagi format report lagi! Ayat diorg semua sebiji! Semua kata dakwat kekal hilang pada pukul 4 petang! Aku tanya balik "semua sekali dakwat korang hilang kul 4? Depa dok sengeh aje.. Aku kata "tapi dakwat aku hilang pada 6hb..? "Takpe".. diorg kata.. "Ikut je format tu." Dalam hati aku musykil report ini semua genuine. .. Silap2 ada yg kena charge buat report palsu. Tak logik sungguh semua dakwat hilang serentak. Aku rasa pihak polis pun ada bukti gambar jari anwar masih ada KESAN dakwat pada 6 Jun.. Aku pun perasan perkara ni masa anuwar buat PC lepas pilihanraya aritu. Emm.. Korang PR ni ingat polis tu bodoh macam korang? Korang tunggu ajelah.. Siapa yg lebih jujur...

Ini lah idea2 merapu United Malays National Organisation (waris penjajah)..menyurahkan org aje.

Nampak sangat pemerintah dari United Malays National Organisation(waris penjakah) tak kreatif untuk menyelesaikan masalah..yg ada hanya puak pengampu..yang tahu hanya komisyennnn.

7.15 hehehe ooomakkk ko

puak bn mmg mental.idea paling bodo..

Pasal puak ko dh terlalu pandai lah selalu sangat kena kencing

Jawapannya laksanakan HUDUD

Wat la hudud......tu pun nk ajar ke....


EmoticonEmoticon