Inspektor cuba halang rompakan cedera ditembak

  • SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor yang sedang bercuti di kampungnya, cedera ketika cuba menggagalkan rompakan di sebuah kedai emas di Batu 4, Jalan Kuala Sungai di Alor Setar semalam.

    Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, dua lelaki yang memakai topi keledar muka penuh bersenjatakan sepucuk pistol dan sebatang besi melepaskan tembakan sehingga mencederakan pegawai polis itu ketika suspek bergegas melarikan diri dengan sebuah motosikal.

    Beliau berkata mangsa yang bertugas di Johor kebetulan lalu di kawasan kedai emas berkenaan dan menyaksikan kejadian rompakan yang menyebabkan kerugian lebih RM18,000 itu.

    "Anggota (polis) itu perkenalkan dirinya sebelum seorang suspek bertindak keluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.

    "Anggota itu cedera di tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah sebagai pesakit luar dan dilaporkan stabil," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kedah di Alor Setar malam tadi.

    Ahmad berkata motosikal yang ditunggang suspek kemudian terbabas dan melanggar sebuah kereta kira-kira 150 meter dari tempat kejadian dan seorang daripada mereka melepaskan satu tembakan ke udara sebelum bertindak merampas kenderaan yang dirempuh itu.

    Beliau berkata kereta itu kemudian ditemui di Taman Anggerik pada kira-kira 6.25 petang.

    Polis menerima maklumat orang awam yang melihat lelaki mencurigakan keluar dari tandas di plaza tol Alor Setar Utara, Jalan Langgar di Alor Setar, katanya.

    Ahmad berkata hasil siasatan mendapati satu beg kecil berisi sepucuk pistol jenis Styr Satu Magazin dan sebutir peluru 9 milimeter diletak dalam tandas itu.

    "Hasil pemeriksaan mendapati kelongsong peluru yang dilepaskan suspek kes rompakan kedai emas itu sama, dan kita akan menyiasat sama ada kedua-dua kes itu mempunyai kaitan atau tidak," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

    Sementara itu, seorang saksi, Nurliza Ali, 20, yang juga pekerja kedai emas berkata dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ meluru ke dalam kedai sebelum mengacu pistol ke arahnya serta meminta beliau diam dan tidak melawan.

    Nurliza berkata ketika itu, hanya beliau berada di bahagian depan kedai manakala majikannya yang berusia 51 tahun bersama dua anak berusia 23 dan 11 tahun di pejabat yang terletak di belakang kedai.

    "Dia (suspek) suruh saya duduk, dan saya pun duduk bertinggung sebab takut.
    Lepas tu, seorang lelaki yang pegang batang besi dibalut kain pecahkan cermin pameran dan ambil pelbagai gelang, cincin emas dan perak, termasuk emas tiruan, secara tergesa-gesa.

    "Lepas penggera berbunyi, mereka lari menuju ke arah Alor Janggus dan sayapun berlari mendapatkan majikan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

    Anak sulung pemilik kedai emas, Thoo Chee Cheng, 23, pula berkata beliau keluar dari pejabat dan menekan butang penggera selepas terdengar bunyi bising di luar dan ternampak kelibat dua lelaki bersenjata.

    Beliau berkata sebelum ini, kedai emas yang beroperasi sejak 23 tahun lepas itu tidak pernah dirompak.

    - Bernama

ReJaM "Anggota Polis seperti ini patut diberikan anugerah pingat gagah berani"

14 Comments

  1. Polis yang hebat! Tahniah! Polis begini rakyat sayang!

    ReplyDelete
  2. Ni lah dia sifat milo suam dh kutuk polis teruk teruk pas tu buat artikel polis kena tembak dengan pwnjenayah.siap kata patut bagi anugerah.polis buat kerja bukan untuk anugerah.
    Apa apa pun tahniah pada pegawai polis tersebut.kuatkan azam jangan patah semangat.

    ReplyDelete
  3. Bukti betapa lemahnya kawalan sempadan tanah air...kenapa styr boleh lolos...yes..memang luas sempadan thai dengan tanah air...itu semua faham...boleh tak kita kawal setiap inci tanah air ini dengan anggota kita dengan lebih ketat....jalan tikus..susur babi..lorong kijang..alur belut semua jejaki dan tutup...kurang a.ggota bukanlah alasan di zaman milinium ni...cuma keazaman kita nak tak nak saja.....soalan aku..keberani yang bagaimana harus diistilah kepada anggota tu memperkenalkan diri sebagai polis kepada penyamun yang sedang merompak dan tanpa senjata...kebal barangkali polis tu yer......tak lut peluru....nasihat aku pada anak anak bangsa...kalau nampak penyamun sedang merompak dengan senjata api di tangan....RUN LIKE HELL...AND DONT LOOK BACK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada polis susah...tak ada polis pun susah....
      Ada puak pulak nak tambah anggota polis...ada puak pulak nak kurangkan anggota polis..
      Ada puak puji polis...ada puak hina polis..

      Delete
    2. Nak buat macam manee.ittulah nasib polis malaysia.di kutuk di hina berbagai macam.mereka pun manusia biasa gak bukan nya robot.mereka juga ada perasaan macam orang lain gak.begitulah orang kalau nak cepat teekenal atau nak pengaruh jalan yang paling senang kutuk polis.yang jadi mngsa polis .bagi aku.aku ucapkan berbanyak t/kaseh pada polis

      Delete
  4. itu biasa.ada yg bagus.ada yg celaka.adatlah tu.kalau ko tak suka orang tu,ko kutuk,kalau suka,ko puji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan yang paling manis...kito suko..kito kutuk......kito benci...kito puji....ini mesti sakit impak dio ni kalau terjatuh......komentetar kito pado polis sebab sayanglah....tak mau lah jadi mcm polis aparthied...mossad...gestapo......nazi...tak mau tak mau.....malaysia dengan cara malaysia...berkecualilah...sikit sikit sokong kerajaan dahlah..jangan sampai menjolok mata....jenayah banyak ni.sebab seronok tengok polis terlampau melibatkan diri dalam politik...janganlah...indipendentlah....jangan pilih bulu dan tegakkan hukum setegak tegaknya...baru rakyat respek......rakyat pun..janganlah jolok duit rasuah kat dorang kalau jumpo tengah jalan...meke pun manusia....semua manusia mana mungkin tolak wang....tak caya ...tanya najib...dio nak ke jadi pm kalau talak untung punya job....hehehheh...nixaow the god must be crazy je tak tau nilai duit.....heheheeehe.

      Delete
    2. Macam ko gak sapuabis klu tak masyuk x kan ko bermatian menegakkan yang bengkok nama pun sapuabis tu yang ko sapuabis x kira depan belakang

      Delete
    3. Yg celaka tu umno..peralat polis mcm anjing..umno hancur, malaysia aman , makmur dan selamat.

      Delete
  5. ADAKAH BETUL ALJUBORI NAK PULAUKAN PERSIDANGAN PARLIMEN NANTI , SIAPA NAK ULAS ISU INI DIPERSILAKAN !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji dia boleh pakai ke?

      Delete
    2. Tet.....macai detected

      Delete
    3. Kaki jubo 2 ekor(19:22 & 21:23) kat atas ni tak faham bahasa dan isu.. bodoh tak boleh diajar..jadi anjing umno lah ssampai mampos.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan