Minta Bantuan Askar Bukti Polis Panik

Kenyataan Terbuka

21 Jun 2013

Minta Bantuan Tentera Bukti Polis Panik

Cadangan pihak polis untuk meminta bantuan tentera bagi menghadapi kemaraan rakyat pada himpunan kemuncak Black505 cuba dilihat sebagai satu ugutan serius. Namun SAMM berpandangan sebaliknya setelah menghalusi polemik terbaru caturan regim pemerintah. 


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya cadangan dari Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid bukan sahaja satu usaha untuk menakutkan rakyat, tetapi juga kerana kedudukan pihak polis hari ini yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan kepedulian daripada rakyat. 

Satu demi satu arahan polis dilanggar oleh rakyat kerana rakyat percaya arahan polis ini dilontarkan oleh mereka yang mendirikan sebuah kerajaan hasil dari penipuan pilihanraya. Buktinya, di Kelana Jaya ratusan ribu hadir walaupun diancam oleh pihak polis. Situasi sama juga berlaku di hampir seluruh negara apabila bermacam arahan polis untuk mengagalkan himpunan Black505 dilanggar oleh rakyat.

Juga, satu demi satu tindakan pihak polis dalam mengekang kebangkitan rakyat membuktikan pihak polis lebih mengutamakan 'kedudukkan' kerajaan 46% Barisan Nasional berbanding keselamatan dan aspirasi rakyat. Bermula dengan penangkapan beberapa pimpinan parti dan aktivis ketika menjelang perhimpunan aman #SuaraRakyat505 di Amcorp Mall 25 Mei lalu, kemudian sekali lagi pihak polis hilang pertimbangan apabila menangkap anak muda yang melakukan aksi spontan 'flashmob' di depan Sogo baru-baru ini. 

Dalam perkembangan sama, pihak polis juga muncul dengan begitu ramai anggota mengepung lokasi flashmob seluruh negara memperlihatkan betapa paniknya regim terhadap gerakan mobilisasi ke arah 22 Jun. Harus diingat, peserta flashmob tidak melakukan apa-apa kesalahan, hanya 'mencuri' perhatian dengan aksi spontan dan ia bukan satu jenayah.

Malah jumlah kematian dalam lokap yang tinggi dengan tiada penyelesaian yang konklusif juga telah memberi impak besar mencalarkan reputasi polis. Maka apabila semua permasalahan yang melibatkan institusi polis ini dicampur, rakyat hilang rasa hormat.

Di atas kelemahan ketara ini, maka timbullah idea mengarut untuk memanggil askar datang membantu. Idea menggunakan tentera ini mengimbau kembali peristiwa berdarah Lahad Datu beberapa bulan lalu. Maka jelaslah rakyat negara sendiri yang berhimpun menuntut demokrasi dikerah berdepan dengan askar sedangkan pengganas Suluk diberi layanan istimewa. Hanya selepas 3 minggu perkampungan di Lahad Datu 'ditawan' barulah askar diberi ruang untuk masuk campur. Ini hanya berlaku di Malaysia, rakyatnya yang ditipu terus ditindas penuh kezaliman.

SAMM yakin institusi ketenteraan negara punya kredibiliti yang cukup untuk tidak dicemari oleh arahan-arahan berkepentingan tertentu, berbeza dengan institusi polis. 

SAMM juga yakin walau apa pun terjadi, walau apa jua halangan, jutaan rakyat berani akan menuju ke Padang Merbuk Jalan Parlimen pada tanggal 22 Jun bagi merebut kembali demokrasi yang digelapkan dan seraya itu mengembalikan kemenangan rakyat yang dirampas. Semua sedia hadir dan tidak pulang sehingga dalang penipuan PRU13 iaitu SPR tidak meletak jawatan.

Ingat kita takut? jangan mengarut, kita tunjukkan RAKYAT KEDEPAN!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

209 Comments

  1. Dia kata lawan dalam parlimen. Lawan jg luar parlimen. Kompius aku. Bila nak lawan dalam parlimen ertinya iktiraf keputusan spr. Lawan luar parlimen ertinya tak iktiraf keputusan spr....mana satu ni....satu ikut pintu depan satu lagi ikut pintu belakang....kompius kompius....macai juga yg tolol.

    ReplyDelete
  2. Ramai juga barua barua Melayu yang buta hati dan sesat dengan permainan PR. Dasyatnya fitnah yang dimainkan pemimpin PR sampai nafsu melampaui akal.

    Semua ini cabaran manusia akhir zaman mainan syaitan bertopengkan manusia. Elok kita ambil ikhtibar dan panjatkan kesyukuran dan mudah mudahan kesesatan mereka tidak berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Keh2... mesti dun kota damansara kasi pil kuda kat khalid sblom pc tu...

    ReplyDelete
  4. Tu la... jalo ada penipuan jangn salahkan orng... salahkan agen parti sendiri la tak buat kerja...

    ReplyDelete
  5. Bab matematik bilangan ni memang korang terkenal sangat tak pandai so tak payah kata bilangan lah bro.

    Serious kalau korang start sebut pasal nombor aja korang akan malu besar.

    http://m.youtube.com/#/watch?v=5zPbwxPvtMw&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3D5zPbwxPvtMw

    http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/06/gambar-perhimpunan-black-505-di-padang.html?m=1

    Ini datang sukarela takde main tipu punya macam bn tau takde bayar punya.

    John jo
    Hahahahha macai pun macam akbar punya orang jugak bodoh math.
    Orang suruh belajar kau pilih jadi macai.
    Harap korang yang jadi macai ni dapatlah kontrak juta2 macai orang atas korang kalau tak sampai ratus ribu hentikan lah.

    ReplyDelete
  6. Anon 2107

    Hahahaha batu api ini contoh islam tak hayati ajaran agama.

    Dok buat provokasi perkauman.

    Melayu cuma kaum aja, dan Allah tak melihat kaum kau lah bro.

    Aku melayu tapi aku bukan bersyukur pasal aku melayu aku bersyukur pasal aku islam bukan islam keturunan tapi islam yang dituntut.

    Anon anon bilalah kau nak sedar umno cuma parti, pakatan tak menentang UMNO tapi pakatan menentang kepimpinan korupsi umno.

    Dap tentang umno bukan sebab umno pejuang hak melayu, tapi sebab UMNO punya kepimpinan korup dan sangat teruk.

    Korupsi tinggi sehingga membahayakan negara....
    Kalau orang bodoh dia takkan nampak macam mana UMNO gadai negara.

    John jo

    ReplyDelete
  7. Daripada caci mencaci maki memaki meh sama sama angkat tangan kita berdoa
    "wahai Allah yg menciptakan kami semua berilah petunjuk kepada kami agar berkasih sayang sesama kami yg beragama Islam ini. Jadikanlah kami makhluk yg tau bersyukur dan berterima kasih atas segala pemberian mu terutamannya keamanan kesejahteraan kesihatan kekayaan dan.kelapangan yang engkau limpahkan kepada kami hambahamba mu yangtinggal di bumimalaysia kepunyaan Mu ini. Jauhilah kami daripada malapetaka bala bencana pertumpahan darah sebagaimana ygberlaku di kebanyakan negara Islam lain atassebab engkau sahaja yang maha mengetahui nya . Amiiiiiiiiiiin .

    ReplyDelete
  8. Daripada caci mencaci maki memaki meh sama sama angkat tangan kita berdoa
    "wahai Allah yg menciptakan kami semua berilah petunjuk kepada kami agar berkasih sayang sesama kami yg beragama Islam ini. Jadikanlah kami makhluk yg tau bersyukur dan berterima kasih atas segala pemberian mu terutamannya keamanan kesejahteraan kesihatan kekayaan dan.kelapangan yang engkau limpahkan kepada kami hambahamba mu yangtinggal di bumimalaysia kepunyaan Mu ini. Jauhilah kami daripada malapetaka bala bencana pertumpahan darah sebagaimana ygberlaku di kebanyakan negara Islam lain atassebab engkau sahaja yang maha mengetahui nya . Amiiiiiiiiiiin .

    ReplyDelete
  9. Anwar dh angkat sumpah. .khemah tgl khemah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan