Friday

Angkatan Muda KEADILAN lancar skuad khas hantar bantuan dengan bot


SKUAD khas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dilancarkan hari ini bagi misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

"Seramai 50 anggota skuad khas AMK akan bergerak ke Kuantan hari ini bagi misi kemanusiaan," kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Julailey Jemadi berkata, sebuah lori 10 tan digunakan untuk menghantar bantuan termasuk makanan dan barangan keperluan asas.

"Bagi AMK Pulau Pinang dan Johor mereka ada menyumbangkan empat buah bot untuk membantu mangsa banjir di sana," katanya.

Tambah Julailey, misi pertama dijalankan selama dua hari dan AMK merancang untuk bantuan seterusnya dalam bentuk alatan pembersihan rumah.

"Kita akan atur untuk bantuan lain seperti pembersihan rumah dan sebagainya.

"Berkenaan negeri-negeri lain yang turut dilanda banjir, kami dalam perancangan menghantar bantuan ke sana," kata Julailey — Keadilandaily

Sumbangan bantuan bencana banjir AMK Malaysia boleh disalurkan melalui:

No. Akaun Maybank: 1621-7967-8902
Atas nama: Puan Zara Zahari (Timbalan Bendahari AMK Malaysia)
Sila hubungi: 017-3910167 (Puan Zara)


EmoticonEmoticon