Tuesday

Astro Awani padam berita cadangan lantik Rosmah jadi menteri


DUA hari lalu, Astro Awani ada menyiarkan satu laporan di portal rasminya berhubung cadangan seorang wartawan veteran agar Rosmah dilantik menjadi menteri bagi menggantikan menteri² yang tidak berkesan (effective) di dalam menjalankan tugas.

Difahamkan laporan berita itu telah ditarik balik selepas pihak Astro Awani menerima satu panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, carian di enjin pencarian Google, menggunakan keywords "Astroawani Rosmah Menteri" masih memaparkan artikel tersebut dalam pengkalan data simpanan Google.

Ini menunjukkan Astro Awani turut menjadi mangsa kongkongan pemerintah sekaligus menjejaskan kebebasan bersuara penyiar berita tersebut yang tidak kurang berpengaruh di negara ini.

Ini sekaligus menunjukkan wajah sebenar Astro Awani yang kononnya mahu mencipta kredibiliti sebagai penyiar berita yang bebas.



EmoticonEmoticon