Cerpen Santai — Kisah dua ekor ikan emas dalam akuarium

DUA ekor ikan emas dibela di dalam sebuah akuarium oleh tuannya yang gemar membela ikan cantik sebagai perhiasan di ruang tamu rumah.

Kedua-dua ikan emas ini diberikan sebuah kurungan (rumah) masing² oleh tuannya. Tuannya memberi nama Abu untuk ikan emas yang pertama, manakala seekor lagi diberi nama Ali.

Setiap hari pada pukul 2 petang dan 8 malam tuannya akan menuangkan makanan ke dalam akuarium. Kedua-dua ikan emas itu akan makan makanan tersebut.

Ikan pertama, Abu akan bangun awal setiap hari, keluar dari rumahnya berenang-renang ke seluruh pelusuk akuarium dan pulang lewat malam.

Itulah rutin harian Abu setiap hari, ia hanya balik untuk tidur dan berehat pada waktu malam kerana ia percaya rehat yang cukup perlu untuk membolehkan ia berenang lagi keesokan harinya.

Satu hari, Ali yang hairan dengan kelakuan Abu itu bertanya kepada sahabatnya.

Ali: Kenapa aku tengok kau setiap hari keluar rumah dan pulang lewat malam?
Abu: Aku pergi cari rezeki. 

Ali: Macam mana kau cari rezeki?
Abu: Aku berenang ke seluruh pelusuk akuarium ini, hasil titik peluh aku berenang-renang itu, maka setiap hari pada pukul 2 dan pukul 8 malam aku dapatlah gaji.

Ali: Kau kerja rajin, tapi kurang bijak. Tengok aku kerja 'smart' aku hanya kerja dari rumah sahaja tapi setiap hari pada pukul 2 dan pukul 8 malam, aku dapat gaji juga sama seperti kau.


Moral of the story — Kedua-dua ikan ini 'perasan' kononnya kerajinan dan kebijaksanaan merekalah yang menghasilkan rezeki tanpa menyedari bahawa rezeki itu dianugerahkan oleh tuan mereka yang memberikan makanan tepat pada waktunya setiap hari. Siapa tuan mereka? Dialah pemilik akuarium =)

1 Comments

  1. Ada org kata pemilik akuarium tu kak Mah.. Ikan ikan dua ekor tu Zahid AF Dan Berahim aleey

    Dua dual tunjuk hebat.. Tapi sebenarnya mereka habat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan