Friday

Kisah Pak Abu penjual durian dan anak-anaknya


PAK Abu dikritik hebat oleh anak sulungnya kerana menjual durian dengan harga yang mahal kepada anak-anak sendiri.

Bukan saja anak sulungnya, malah anak-anak yang lain pun rasa terbeban dengan tindakan Pak Abu itu.

"Mesti anak sulung aku yang hasut adik beradik dia ni..." bisik hati Pak Abu.

Akhirnya Pak Abu mendapat idea untuk mempengaruhi anak-anaknya.

"Baiklah kalau kau orang rasa abang sulung kau tu bagus sangat, mintaklah abang sulung kau tu turunkan harga durian" kata Pak Abu kepada anak-anaknya.

"Besok suruh abang sulung kau datang dusun, aku jual durian RM5.00 sekilo, aku nak tengok boleh tak dia jual semula durian tu pada kau orang dengan harga lebih murah?" kata Pak Abu bersungguh-sungguh sambil kembang kempis hidungnya.

"Mana boleh macam tu ayah! Ayah dah jual mahal durian kepada saya macam mana saya nak jual lebih murah? Rugilah saya..." jawab anak sulungnya.

"Argh... kau ni sama saja macam pembangkang! Kalau bagus sangat kata kerajaan persekutuan naikkan harga tol, pembangkang turunkanlah tol di negeri-negeri yang mereka tadbir!" bentak Pak Abu.

Dalam hati anak sulung Pak Abu berbisik "Machai juga ayah aku ni rupanya..."




EmoticonEmoticon