Friday

Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan Berjaya


Laporan Terbuka
6 Disember 2013

Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan Berjaya

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di Kuantan, dengan melancarkan misi bantuan kemanusiaan.

 Bantuan Kemanusiaan 1

Sebuah lori tiga tan telah dihantar ke Kuantan dengan muatan penuh barangan bantuan berupa makanan dalam tin, air mineral, lampin pakai buang, pakaian terpakai, selimut dan pelbagai keperluan lain.

Berikut adalah kronologi Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan;

6 petang – 8 malam : Barang barang sumbangan mulai sampai di lokasi pengumpulan di Cheras Baru diuruskan oleh Penyelaras Save4Kuantan, Puan Ilyana Rosli. Orang ramai yang mengetahui misi bantuan ini datang menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk. Penderma tergolong daripada orang awam, sektor korperat dan juga artis seni tanahair.

8.30 malam : Hasil sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Cheras Baru dan dimuat-naik ke dalam lori 3 tan. Beberapa pihak lagi minta supaya perjalanan misi bantuan dilewatkan kerana ingin menambah keperluan, namun Pihak Save4Kuantan terpaksa meneruskan perjalanan.

Ha! Nie betul2 final @Tol Gombak!

9.30 malam : Lori 3 tan sampai di satu lagi tempat pengumpulan bantuan iaitu sebelum masuk ke tol Gombak (karak). Barangan dimuat-naik dan perjalanan diteruskan.

11.30 malam : Misi bantuan melepasi Bentong, sebuah lagi pasukan yang terdiri daripada SAMM Pahang yang diketuai oleh Amirul Syazwan sudah sedia menunggu di lokasi selamat Kuantan.

IMG-20131206-WA020

2 pagi : Pasukan Misi Bantuan Save4Kuantan tiba di sebuah lokasi selamat di Sg Isap. Pasukan polis dan bomba sudah bersedia. Difahamkan, pihak polis telah mendapat tahu mengenai misi bantuan yang dikelola oleh SAMM ini lantas menghantar pasukan dan turut membawa pihak bomba.

2.30 pagi : Barangan bantuan perlu dialihkan dari lori 3 tan ke lori bomba kerana lori 3 tan tidak akan mampu mengharungi paras air banjir yang menghalang bantuan masuk ke pusat pemindahan mangsa banjir.

IMG-20131206-00094

4.00 pagi : Barangan bantuan tiba di kawasan sasaran, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Taman Murni Sg Isap, antara kawasan yang paling teruk ditimpa bencana banjir. Paras air di kawasan tersebut menghampiri 4 kaki.

5.00 pagi : Misi selesai apabila barangan diagih mengikut keperluan. Pasukan Save4Kuantan memulakan perjalanan pulang dan pasukan SAMM Pahang bersurai.

IMG-20131206-WA011

Misi penghantaran ini juga merupakan trip kedua dan iAllah akan menyusul trip ketiga di atas inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, sila hubungi 012-6937908 dan untuk sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada nombor di atas).

Selepas ini, misi bantuan juga akan menghala ke kawasan lain. SAMM Kemaman dan SAMM Johor juga sudah bersedia menanti bantuan yang bakal tiba.

SAMM mengucapkan berbesar penghargaan kepada semua penyumbang. SAMM juga sedang merangka misi pasca-banjir bagi menyampaikan bantuan membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami air. Kepada mereka yang ingin menyumbangkan 'pressure-pump' Water Jet adalah amat dialu-alukan.

Sekian,

Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan Save4Kuantan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/12/misi-bantuan-kemanusiaan-save4kuantan-berjaya/#sthash.Oe1zxVOO.dpuf


EmoticonEmoticon